Sinar Harian
KUALA LUMPUR – Kecoh di media sosial apabila satu rakaman video tular memaparkan objek yang kelihatan seperti ‘tugu’ yang dicat menyerupai bendera Bangladesh di Bukit Bintang di sini.Berdasarkan rakaman video yang tular sejak Sabtu, kelihatan beberapa warga asing melalui dan berkeliaran di sekitar ‘tugu’ yang dicat berwarna hijau dengan bulatan merah itu.Malah, seorang lelaki yang disyaki warga asing dilihat mengelap batu tersebut sebelum memberi tabik hormat di hadapan objek itu.Tinjauan Sinar Harian di ruangan komen Threads mendapati rata-rata rakyat Malaysia tidak berpuas hati dengan isu tersebut, apatah lagi ia berlaku di ibu negara.Warganet juga meminta Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Hannah Yeoh untuk mengambil tindakan berhubung isu terbabit.Selain itu, terdapat juga pengguna media sosial yang menggesa pihak Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) serta Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) agar tindakan segera diambil.Sementara itu, Sinar Harian difahamkan batu tersebut telah dialihkan, bagaimanapun tarikh dan masa tidak dapat dipastikan.Setakat ini, tiada kenyataan rasmi daripada pihak berkuasa berhubung isu terbabit.
Go to News Site