Collector
Armada Selangor tuntut 50 peratus calon PRU daripada golongan muda | Collector
Armada Selangor tuntut 50 peratus calon PRU daripada golongan muda
Sinar Harian

Armada Selangor tuntut 50 peratus calon PRU daripada golongan muda

SHAH ALAM – Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Selangor menuntut agar 50 peratus calon yang diketengahkan dalam pilihan raya umum (PRU) akan datang terdiri daripada golongan muda.Ketua Penerangan Armada Bersatu Selangor, Hafizan Naimman Jeesin berkata, tuntutan itu bukan sekadar retorik, sebaliknya satu keperluan selari dengan perubahan landskap politik semasa."Inilah semangat zaman kerana undi besar orang muda di Selangor sedang menanti dan sedang melihat adakah Bersatu benar-benar ikhlas menghargai generasi muda."Imej parti kita yang dipandang dalam kalangan anak muda pada hari ini adalah penentu kepada masa hadapan perjuangan parti. Citra perjuangan Bersatu ini mestilah inklusif, bukan sahaja meraikan pelbagai kaum tetapi juga terbuka dan selesa dengan golongan muda," katanya.Beliau berkata demikian ketika sesi perbahasan perwakilan ketika Konvensyen Bersatu Selangor di Pusat Konvensyen Ideal (IDCC) Shah Alam di sini pada Ahad.Hadir sama, Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Ketua Penerangan Bersatu, Datuk Tun Faisal Ismail Aziz dan Bendahari Agung Bersatu, Datuk Seri Rina Harun.Dalam pada itu, Hafizan Naimman berpandangan, anak muda hari ini berbeza dengan generasi sebelum ini.Ujarnya, mereka muak dengan politik yang keterlaluan, pemimpin yang bergaduh dan bermain sentimen semata-mata."Mereka tidak mahu politik yang hingar-bingar sebaliknya mereka mahu kestabilan, berprinsip, penyelesaian dan inilah peluang Bersatu."Bersatu mesti tampil sebagai sebuah parti kebangsaan yang matang, parti yang boleh memimpin dengan stabil, berfikir dengan rasional dan bertindak dengan berani, iaitu parti yang anak muda boleh percaya untuk menjaga masa depan mereka."Tetapi, kestabilan saja tidak cukup, Bersatu mestilah terbuka kepada anak muda, bukan hanya diberikan ruang untuk bercakap di atas pentas tetapi benar-benar membuka ruang kepada mereka dengan menghargai bakat dan mendengar suara," katanya.Menurutnya, di Selangor khususnya, parti berkenaan perlu menampilkan lebih ramai calon muda dalam pilihan raya iaitu calon yang segar dengan idea, calon baru yang tegas dengan prinsip dan bertenaga untuk berkhidmat.

Go to News Site