Collector
Lelaki khayal dadah kurung isteri, tiga anak selama 7 jam ditahan | Collector
Lelaki khayal dadah kurung isteri, tiga anak selama 7 jam ditahan
Sinar Harian

Lelaki khayal dadah kurung isteri, tiga anak selama 7 jam ditahan

TAWAU – Seorang lelaki di bawah pengaruh dadah tergamak mengurung isteri bersama tiga anaknya selama tujuh jam di dalam sebuah rumah di kawasan perumahan pekerja di sebuah ladang di Kalabakan, pada Khamis lalu.Dalam kejadian itu, lelaki tempatan berusia 39 tahun tersebut turut melakukan ugutan bunuh terhadap isteri dan anak-anaknya sambil menggunakan senjata berbahaya terhadap orang ramai yang cuba menyelamatkan mereka.Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Jasmin Hussin berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian itu kira-kira jam 8.30 malam selepas suspek bertindak agresif di rumahnya."Suspek dipercayai berada dalam keadaan khayal akibat pengaruh dadah dan telah bertindak mengunci isteri serta tiga anaknya di dalam rumah."Suspek juga mengugut sesiapa yang cuba masuk serta mengeluarkan kata ugutan untuk membunuh mereka sambil membaling sabit ke arah individu yang cuba menenangkan keadaan," katanya dalam kenyataan pada Ahad.Susulan kejadian itu, Jasmin berkata, sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah (BSJ), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tawau yang diketuai Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Daerah, Deputi Superintenden Zulham Affendi Zulkifli digerakkan ke lokasi."Hasil pemeriksaan di lokasi mendapati rumah dalam keadaan gelap dan terdapat beberapa senjata berbahaya termasuk parang, sabit serta paip besi di dalamnya."Polis turut mengambil masa kira-kira tujuh jam untuk memujuk suspek yang berada dalam keadaan agresif sebelum bertindak menyerbu masuk bagi menyelamatkan mangsa."Dalam operasi tersebut, pasukan polis turut menggunakan Taser Gun (senjata perenjat elektrik) bagi melumpuhkan suspek yang bertindak agresif sebelum berjaya ditahan pada jam 10.30 pagi keesokan harinya," jelasnya.Beliau berkata, siasatan lanjut mendapati suspek mempunyai rekod lampau di bawah Seksyen 326 Kanun Keseksaan."Kesemua barangan berbahaya dan senjata tajam turut dirampas semasa penahanan suspek dilakukan."Kes disiasat mengikut Seksyen 342 dan Seksyen 506 Kanun Keseksaan serta Seksyen 6(1) Akta Bahan Kakisan dan Bahan Letupan," katanya.Jasmin dalam pada itu turut menasihatkan orang ramai supaya segera melaporkan kepada pihak polis sekiranya berdepan situasi ancaman, keganasan rumah tangga atau individu bertindak luar kawalan bagi membolehkan tindakan segera diambil.

Go to News Site