Collector
Dua dirawat di hospital, kesihatan jemaah haji Malaysia terkawal | Collector
Dua dirawat di hospital, kesihatan jemaah haji Malaysia terkawal
Sinar Harian

Dua dirawat di hospital, kesihatan jemaah haji Malaysia terkawal

MAKKAH – Dua jemaah haji Malaysia kini menerima rawatan di hospital di Arab Saudi, namun keadaan kedua-duanya dilaporkan stabil manakala tahap kesihatan keseluruhan jemaah lain berada dalam keadaan baik dan terkawal.Ketua Rombongan Haji Malaysia, Mohd Hisham Harun berkata, kes berkenaan membabitkan seorang jemaah lelaki berusia 72 tahun yang dimasukkan ke hospital di Makkah serta seorang jemaah wanita berusia 65 tahun yang menerima rawatan di Madinah.Menurutnya, kedua-dua jemaah terbabit mengalami masalah kesihatan melibatkan serangan jantung ringan dan sesak nafas."Setakat ini kita menerima makluman dua jemaah dimasukkan ke hospital di Arab Saudi, namun keadaan mereka stabil dan sedang menerima rawatan lanjut."Alhamdulillah, kedua-duanya berada dalam pemantauan rapi," katanya pada sidang media mingguan di sini pada Ahad.Mohd Hisham berkata, suhu ketika ini dianggarkan antara 33 hingga 38 darjah Celsius, dengan cuaca lebih terik antara jam 10 pagi hingga 4 petang setiap hari."Buat masa ini cuaca panas lebih dirasai pada waktu tengah hari, namun di luar tempoh itu jemaah masih boleh bergerak seperti biasa di sekitar penginapan dan Masjidil Haram," katanya.Mohd Hisham berkata, secara keseluruhan jemaah haji Malaysia kini berada dalam keadaan sihat dan sedang menyesuaikan diri dengan persekitaran di Tanah Suci.Bagaimanapun, beliau menjangkakan suhu akan terus meningkat apabila semakin hampir dengan kemuncak ibadah haji iaitu wukuf di Arafah."Keadaan kesihatan jemaah secara umum adalah baik dan stabil, namun kita sentiasa mengingatkan mereka supaya menjaga diri kerana cuaca dijangka lebih panas menjelang wukuf nanti," katanya.

Go to News Site