Sinar Harian
IPOH - Polis membuka siasatan dalaman berhubung satu video tular yang memaparkan seorang anggota didakwa mengambil wang daripada seorang lelaki.Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Muhammad Najib Hamzah berkata, pihaknya mengambil maklum mengenai rakaman berdurasi 47 saat yang dimuat naik menerusi akaun Facebook 'Update & Info'.Menurutnya, siasatan awal mendapati kenderaan jenis MPV yang digunakan dalam video berkenaan mempunyai tanda panggilan 'PK 56' yang merupakan milik kontinjen Perak di bawah pentadbiran Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh."Bagaimanapun, lokasi kejadian serta identiti anggota yang terlibat masih dalam proses pengesahan."Siasatan dalaman telah dibuka bagi mengenal pasti anggota yang terlibat," katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.Beliau berkata, polis memandang serius perkara tersebut dan tidak akan berkompromi terhadap sebarang salah laku yang boleh menjejaskan integriti pasukan.Katanya, sehingga siasatan selesai, orang ramai dinasihatkan supaya tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh mengganggu siasatan."Siasatan akan dijalankan secara telus, rapi dan adil. Tindakan tegas akan diambil sekiranya terdapat pelanggaran undang-undang atau peraturan," katanya.Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta menyalurkannya kepada IPD Ipoh di talian 05-2451500 atau mana-mana balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.
Go to News Site