Collector
Bersatu namakan kembali Mohamed Azmin sebagai calon Pengerusi PN Selangor - Muhyiddin | Collector
Bersatu namakan kembali Mohamed Azmin sebagai calon Pengerusi PN Selangor - Muhyiddin
Sinar Harian

Bersatu namakan kembali Mohamed Azmin sebagai calon Pengerusi PN Selangor - Muhyiddin

SHAH ALAM – Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) telah mengemukakan kembali nama Adun Hulu Kelang, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali sebagai calon Pengerusi Parikatan Nasional (PN) Selangor kepada kepimpinan tertinggi gabungan tersebut.Presidennya, Muhyiddin Yassin berkata, pihaknya telah menghantar surat berhubung perkara tersebut meskipun keputusan muktamad berkaitan pelantikan itu masih belum diumumkan."Kita telah hantar surat (berhubung cadangan pelantikan tersebut) kepada Pengerusi PN."Bagi saya untuk Selangor, nama Datuk Seri Mohamed Azmin Ali telah kami cadangkan. Tidak ada nama lain lagi," katanya.Beliau berkata demikian ketika sidang media Konvensyen Bersatu Selangor di Pusat Konvensyen Ideal (IDCC) Shah Alam pada Ahad.Sebelum ini, Muhyiddin mengumumkan peletakan jawatan beliau sebagai Pengerusi PN.Pada Disember tahun lalu, Mohamed Azmin turut mengikuti jejak Muhyiddin dengan mengumumkan peletakan jawatannya sebagai Setiausaha Agung PN dan Pengerusi PN Selangor.Ujar Muhyiddin, selain Selangor beberapa nama calon Bersatu yang sesuai turut disenaraikan untuk mengetuai kepimpinan PN bahagian negeri termasuk Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Perak dan Sabah."Bagi saya sejak dahulu lagi, Bersatu mempengerusikan PN Selangor dan Mohamed Azmin juga merupakan Ketua Pembangkang Selangor, jadi beliau layak (untuk jawatan tersebut)."Waktu saya Pengerusi PN, saya senaraikan (nama calon) semua negeri kecuali lima negeri di utara, itu (calon dari) Pas. Yang lain kita senaraikan nama daripada Bersatu."Soal sekarang ini minta supaya Pengerusi PN sekarang mengesahkan pelantikan itu," ujarnya.

Go to News Site