Collector
[VIDEO] Bersatu belum pertimbang terima ahli dipecat - Muhyiddin | Collector
[VIDEO] Bersatu belum pertimbang terima ahli dipecat - Muhyiddin
Sinar Harian

[VIDEO] Bersatu belum pertimbang terima ahli dipecat - Muhyiddin

SHAH ALAM – [DIKEMAS KINI] Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) masih belum mempertimbangkan untuk menerima semula ahli yang dipecat seperti pendekatan yang dilakukan UMNO di bawah inisiatif Rumah Bangsa.Presidennya, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, hal ini kerana keputusan pemecatan tersebut dibuat oleh Lembaga Tindakan Disiplin parti berdasarkan kesalahan yang telah dilakukan dan kesannya masih belum dapat dinilai sepenuhnya."Kita tidak boleh bandingkan dengan UMNO kerana mereka telah melakukan kesalahan yang menyebabkan Lembaga Tindakan Disiplin parti mengambil tindakan."(Pemecatan) itu baru sahaja berlaku, kesan daripada tindakan itu masih belum terasa lagi. Untuk dibandingkan dengan UMNO, itu lain cerita," katanya.Sebelum ini, Bersatu dilanda kemelut dalaman antara Muhyiddin dan bekas Timbalan Presiden, Datuk Seri Hamzah Zainudin sehingga menyebabkan Ahli Parlimen Larut itu, yang juga Ketua Pembangkang, dipecat keahlian parti pada 13 Februari lalu.Beberapa pemimpin lain turut dipecat dan digantung keahlian selepas penyingkiran Hamzah termasuk bekas Naib Presiden Bersatu, Datuk Seri Dr Ronald Kiandee dan bekas Ketua Wanita, Datuk Mas Ermieyati Samsudin.Beliau berkata demikian dalam sidang media Konvensyen Bersatu Selangor di Pusat Konvensyen Ideal (IDCC), Shah Alam pada Ahad.Ujarnya, setakat ini tidak timbul sebarang perubahan yang dibuat berhubung pendirian parti berkenaan."Setakat hari ini, kita kekalkan keputusan tersebut. Kita tidak tahu sama ada pihak berkenaan merayu atau tidak. Jika ada kes tertentu di mana pihak Lembaga Disiplin Bersatu meneliti semula permohonan dan Majlis Tertinggi boleh mengkajinya."Bagaimanapun, setakat ini tidak ada perkara sebegitu timbul," ujarnya.

Go to News Site