Sinar Harian
PEP Guardiola mengingatkan bahawa peluang Manchester City dalam misi memburu treble domestik musim ini masih belum terbuka luas, meskipun kelab itu berjaya melangkah ke final Piala FA.Pengendali dari Sepanyol itu berpandangan perjalanan masih panjang, terutama dengan beberapa aksi penting yang perlu diharungi termasuk baki saingan Liga perdana Inggeris (EPL).City mengesahkan tempat ke final selepas bangkit menewaskan Southampton 2-1 dalam aksi sengit di Stadium Wembley.Kejayaan itu membuka peluang buat City memburu tiga trofi domestik selepas lebih awal menjulang Piala Liga Inggeris pada Mac.Bagaimanapun, Guardiola memilih pendekatan berhati-hati dan menegaskan fokus pasukan ketika ini adalah mengharungi setiap perlawanan dengan sebaik mungkin."Tiga trofi domestik musim ini? Terlalu awal untuk memikirkannya," ujar Guardiola.City dijangka memanfaatkan tempoh rehat bagi memastikan barisan pemain berada pada tahap terbaik menjelang aksi-aksi penentu musim ini.The Citizens kini berada ditangga kedua EPL dan hanya ketinggalan tiga mata berbanding pendahulu Arsenal yang mengumpul 73 mata.Namun, City mempunyai kelebihan satu perlawanan yang dilihat mampu memusnahkan impian The Gunners menjulang kejuaraan EPL musim ini.
Go to News Site