Sinar Harian
KUALA LUMPUR - Seorang wanita mendakwa mendengar jeritan meminta tolong daripada adik bongsunya sebelumnya remaja itu dilaporkan hilang dari kediaman Projek Perumahan Rakyat (PPR) Sri Malaysia Desa Petaling di sini pada JumaatWanita yang dikenali sebagai Aida berkata, Afiqah Abdul Aziz, 15, merupakan adik bongsu daripada enam beradik keluar dari rumah pada jam 6 petang hari kejadian."Kami jumpa skaf dan anak tudungnya di hadapan lif, tetapi adik tidak ada di situ. Sebelum itu saya terdengar jeritan meminta tolong dalam keadaan menangis, saya dengar dua kali, saya pasti itu memang dia," katanya.Sementara itu Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Mohd Rosdi Daud mengesahkan pihaknya menerima laporan berhubung kehilangan remaja perempuan itu."Kita sedang menjalankan siasatan lanjut, termasuk menyemak rakaman kamera litar tertutup di dalam lif seliaan pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bagi mengenal pasti arah pergerakan mangsa."Siasatan dijalankan di bawah kes Orang Hilang (OH)," katanya dalam kenyataan pada Ahad.Terdahulu kehilangan Afiqah tular di media sosial selepas beberapa keping gambar dimuat naik oleh seorang pengguna di Thread meminta bantuan orang ramai untuk mengesan keberadaan remaja itu.
Go to News Site