Collector
Penyokong UMNO tolak DAP, PH boleh bantu PN tubuh kerajaan pada PRN - Sanusi | Collector
Penyokong UMNO tolak DAP, PH boleh bantu PN tubuh kerajaan pada PRN - Sanusi
Sinar Harian

Penyokong UMNO tolak DAP, PH boleh bantu PN tubuh kerajaan pada PRN - Sanusi

MUAR - Penyokong UMNO yang menolak kerjasama dengan DAP dan Pakatan Harapan (PH) boleh membantu Perikatan Nasional (PN) membentuk kerajaan negeri pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor akan datang.Pengarah Pilihan Raya Pas Pusat, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata, perkara itu bukan mustahil memandangkan ramai akar umbi UMNO khususnya di kampung-kampung masih tidak selesa dengan kerjasama parti itu bersama DAP dan PH di peringkat Persekutuan.Katanya, strategi politik di Johor perlu diserahkan kepada pimpinan tempatan termasuk Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Johor serta parti komponen PN bagi menentukan kaedah terbaik menubuhkan kerajaan negeri."Untuk strategi dan pendekatan politik di Johor, serah kepada orang Johor. Tentu Dr Mahfodz dengan Bersatu Johor dan parti-parti komponen di sini akan bincang kaedah terbaik untuk menubuhkan kerajaan di Johor."Di Melaka pun sama, serah kepada orang Melaka," katanya ketika hadir pada Program Ceramah Perdana PN Johor di Pusat Komuniti Pas Muar, Parit Tarom di sini pada malam Ahad.Turut hadir, Pesuruhjaya Pas Johor, Datuk Dr Mahfodz Mohamed; Ketua Badan Pimpinan Negeri (BPN) Bersatu Johor, Datuk Dr Sahruddin Jamal dan Ketua Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) Johor, Nornekman Osman.Muhammad Sanusi berkata, pola politik negara ketika ini memperlihatkan pihak yang sebelum ini berjanji tidak akan bekerjasama akhirnya bersama membentuk kerajaan di peringkat Persekutuan.Menurutnya, keadaan itu menimbulkan persoalan apabila di negeri tertentu mereka dilihat enggan menunjukkan hubungan sama walaupun sudah bersama di Putrajaya."Yang bersumpah untuk tidak berbuat sesuatu akhirnya langgar sumpah untuk jadi kerajaan di peringkat Persekutuan, bercumbuan dengan DAP dan PKR."Saya rasa kalau orang BN di negeri-negeri selatan menolak DAP dan PH, orang-orang kampung boleh bersama PN dan kita boleh bersama menubuhkan kerajaan di Johor."Menteri Besar Johor kawan baik saya. Saya percaya dia orang baik dan dia tidak suka DAP dia bagitau saya," katanya.Muhammad Sanusi mendakwa, kerjasama politik antara UMNO dan PH mempunyai sebab lain iaitu untuk membolehkan seorang pemimpin menjadi Perdana Menteri manakala seorang pemimpin lagi terlepas daripada kes mahkamah.Katanya, UMNO sebagai parti keramat orang Melayu yang lahir di Johor tidak sepatutnya digunakan untuk menyelamatkan kepentingan individu.

Go to News Site