Collector
ADUN Rembia jawab kritikan, sahkan tidak hadir sidang DUN kerana cuti sakit | Collector
ADUN Rembia jawab kritikan, sahkan tidak hadir sidang DUN kerana cuti sakit
Sinar Harian

ADUN Rembia jawab kritikan, sahkan tidak hadir sidang DUN kerana cuti sakit

MELAKA - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rembia, Datuk Muhammad Jailani Khamis menjawab kritikan yang mempersoalkan tindakannya tidak menghadiri sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) tetapi hadir ke majlis pelancaran jentera pilihan raya Pas, Sabtu lalu.Muhammad Jailani berkata, beliau tidak hadir pembukaan sidang DUN Jumaat lalu kerana masih dalam cuti sakit selama dua bulan selepas mengalami kecederaan patah empat jari kaki.Namun katanya, kehadiran ke majlis pelancaran jentera pilihan raya adalah lebih penting dalam usaha membela nasib rakyat serta menentang dasar kerajaan yang menjejaskan rakyat."Memang saya MC (cuti sakit) dua bulan, memang empat jari kaki saya patah dan memang saya tidak hadir sidang dewan."Ya, hadir di majlis pelancaran jentera pilihan raya Pas Melaka lebih penting. Semua usaha membela nasib rakyat dalam menentang dasar kerajaan yang merosakkan rakyat adalah lebih penting daripada hanya pandai ‘melalak’ dalam Dewan Rakyat."Patah seluruh badan dan terpaksa merangkak pun kami akan bangkit hadir demi ALLAH, rakyat dan negara," katanya dalam satu kenyataan.Pada Ahad, Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh meminta Ketua Pengarah Pilihan Raya Pas Pusat, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor menasihati Muhamad Jailani supaya tidak mengabaikan tanggungjawab kepada rakyat.Menurut Dr Muhamad Akmal, alasan cuti sakit yang diberikan tidak selari dengan tindakan beliau menghadiri ceramah parti, sedangkan sidang DUN yang berlangsung hanya beberapa hari dalam tempoh beberapa bulan sepatutnya dimanfaatkan sebaiknya.Mengulas sindiran itu, Muhammad Jailani berkata, tindakan Dr Muhamad Akmal dilihat bertujuan untuk mengalihkan perhatian selepas dilabel sebagai ‘budak catur’ oleh Sanusi."Kata mahu meletak jawatan sebagai Exco, tetapi baru-baru ini dalam media sosial ada kenyataan daripada Ketua Menteri yang menyatakan beliau kekal sebagai Exco. Apa ini kalau bukan hipokrasi dan retorik sahaja?"Beliau berlagak seperti ‘anjing salak bukit’ yang bunyinya kuat tetapi tidak membawa kesan kerana ada tuannya yang menyuruh dia menyalak. Beliau hanya hebat dalam Dewan Rakyat, tetapi hakikatnya gagal dalam tugas sebagai Exco. Mana beras Melaka dalam pasaran yang harganya sepatutnya rendah dan boleh dibeli di mana-mana oleh rakyat Melaka?" soalnya.Dalam pada itu, beliau menegaskan khidmat pemimpin Pas dilaksanakan secara senyap dan kegiatan tersebut tidak dipamerkan."Lebih-lebih lagi sidang dewan yang sering mensabotaj saya. Apabila saya bercakap mengenai perkara-perkara yang kerajaan tidak suka, hampir semua ADUN kerajaan akan mengganggu saya, memaki hamun saya dan dewan akan mematikan mikrofon saya."Lihat sahaja rakaman sidang dewan yang lepas. Apabila saya membawa isu salah laku seorang Exco kerajaan negeri yang tular bersama laporan polis di media sosial yang disiarkan secara langsung, sepanjang saya bercakap, audio saya dimatikan. Kerajaan ini adalah kerajaan yang takut dengan bayang-bayang dosanya sendiri," katanya.

Go to News Site