Collector
Kronologi krisis di Negeri Sembilan | Collector
Kronologi krisis di Negeri Sembilan
Sinar Harian

Kronologi krisis di Negeri Sembilan

SHAH ALAM - Krisis istana dan adat di Negeri Sembilan mencetuskan ketegangan politik yang belum pernah berlaku sebelum ini apabila pemberhentian Datuk Mubarak Dohak sebagai Undang Luak Sungai Ujong pada 17 April lalu mencetuskan siri peristiwa yang menggugat kestabilan kerajaan negeri.Berikut kronologi krisis tersebut:17 April 2026Sidang Khas Dewan Keadilan dan Undang (DKU) di Istana Besar Seri Menanti menasihatkan supaya pemberhentian Datuk Mubarak Dohak sebagai Undang Luak Sungai Ujong diterima.Disokong atas alasan pelanggaran adat (33 sebab dikemukakan).19 April 2026Empat Undang mengadakan sidang media mengumumkan pemecatan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir dan mengisytiharkan Tunku Nadzaruddin Tuanku Ja’afar sebagai Yang di-Pertuan Besar baharu berkuat kuasa serta-merta.Namun isu besar timbul kerana pengisytiharan itu dibacakan Mubarak yang ketika itu sudah dipecat sebagai Undang.20 April 2026Tuanku Mukhriz dan DKU secara rasmi menerima pemberhentian Mubarak sebagai Undang Luak Sungai Ujong. Keputusan dibuat dalam sidang khas pada jam 10 pagi.Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun menegaskan tindakan memecat Tuanku Muhriz tidak sah dan tidak diiktiraf kerana individu yang membuat pengisytiharan tiada kuasa sah sebagai Undang.21 April 2026Tiga ahli Dewan DKU yang mendakwa hadir dalam Mesyuarat Khas 17 April lalu mengeluarkan kenyataan bersama menjelaskan situasi yang berlaku pada tarikh berkenaan.Menerusi kenyataan itu, mereka mendakwa Aminuddin mengeluarkan kenyataan tidak benar berhubung pemecatan Mubarak.Undang Yang Empat bersama Tunku Besar Tampin dalam sepucut surat menggesa Aminuddin dipecat daripada jawatannya.23 April 2026Tuanku Muhriz ketika merasmikan Istiadat Pembukaan Persidangan Pertama Penggal Keempat Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan ke-15 mengingatkan pemegang jawatan dan kedudukan tinggi supaya memastikan setiap tindakan, keputusan dibuat berasaskan penelitian menyeluruh terhadap segala fakta serta maklumat berkaitan.Baginda bertitah, setiap tindakan dan keputusan diambil mestilah berlandaskan garis panduan serta undang-undang ditetapkan.26 April 2026Exco Kanan Negeri Sembilan, Datuk Seri Jalaluddin Alias menggesa satu jawatankuasa khas pendamai ditubuhkan bagi menyelesaikan krisis adat dan perlembagaan Negeri Sembilan yang sedang berlaku ketika ini.Menurutnya, jawatankuasa tersebut perlu dianggotai individu yang mempunyai kepakaran dalam bidang adat serta Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan (UUTKNS) 1959.27 April 2026Susulan krisi yang tidak berkesudahan, kesemua 14 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional (BN) Negeri Sembilan sebulat suara mengumumkankan hilang kepercayaan dan menarik sokongan terhadap kerajaan negeri pimpinan Aminuddin.Jalaluddin yang juga Pengerusi BN negeri berkata, pemakluman rasmi akan dihantar kepada Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri (DUN) dan juga Setiausaha Dewan Undangan Negeri selepas selesai sidang media hari ini.

Go to News Site