Collector
Di sebalik panas padang pasir, PPKL sedia bantu | Collector
Di sebalik panas padang pasir, PPKL sedia bantu
Sinar Harian

Di sebalik panas padang pasir, PPKL sedia bantu

TABUK, ARAB SAUDI - Hentian Rehat Al-Hijrah Wadi Starah yang terletak di tengah laluan utama antara dua kota suci Makkah dan Madinah, menjadi lokasi strategik yang berfungsi sebagai pusat kawalan pergerakan bas serta respons awal kecemasan sepanjang operasi haji Malaysia.Di sebalik kelancaran perjalanan ribuan jemaah ke Tanah Suci, terdapat peranan besar dimainkan Pusat Panggilan Kecemasan Lebuh Raya (PPKL) yang dianggap sebagai ‘wira tidak didendang’ kerana bertugas siang dan malam demi memastikan segala urusan berjalan lancar.Ketua Rombongan Haji Malaysia, Mohd Hisham Harun berkata, hentian rehat tersebut merupakan antara lokasi persinggahan penting jemaah haji Malaysia dalam perjalanan antara Madinah dan Makkah.Menurutnya, lokasi itu berada di tengah-tengah laluan utama dua kota suci berkenaan dan berperanan penting sebagai pusat bantuan sekiranya berlaku sebarang kecemasan."Lokasi ini berada di tengah-tengah antara Madinah dan Makkah. Ketika ini kita berada kira-kira 200 kilometer dari Makkah, manakala jarak keseluruhan antara Madinah dan Makkah adalah sekitar 440 kilometer."PPKL memainkan peranan penting sebagai pasukan pertama yang akan memberi bantuan sekiranya berlaku sebarang kecemasan di laluan jemaah haji antara Makkah dan Madinah," katanya ketika lawatan media ke hentian berkenaan di sini.Sementara itu, Pengurus PPKL, Mohamad Azir Shahril Ahmad berkata, pasukannya bukan sahaja mengurus ketibaan bas yang berhenti di lokasi itu bagi tujuan rehat, solat dan makan selama kira-kira sejam, malah memantau keselamatan jemaah sepanjang masa.Katanya, PPKL juga bertanggungjawab menyelaras maklumat antara Makkah dan Madinah selain menyediakan laporan pergerakan bas secara berterusan."Kami menjadi pasukan terawal digerakkan jika berlaku kecemasan. Pada masa sama, kami perlu memastikan kemudahan asas seperti tandas, surau dan kawasan makan berada dalam keadaan baik."Jika ada keperluan, kami akan pastikan kerja penambahbaikan dilakukan segera demi keselesaan jemaah," katanya.Beliau berkata, antara cabaran utama operasi ialah pemilihan lokasi hentian rehat yang sesuai, terutama kawasan yang luas, mempunyai parkir bas mencukupi, tandas, tempat solat dan kawasan makan selesa untuk menampung jemaah dalam jumlah besar.Selain itu katanya, pasukan berkenaan turut berdepan kesukaran mengesan lokasi sebenar bas sekiranya berlaku kecemasan, ketibaan bas secara serentak ketika waktu puncak serta kekuatan petugas yang terhad."Malah kami juga perlu berhadapan dengan cuaca panas melampau dan risiko ribut pasir yang boleh menjejaskan kesihatan serta operasi di lapangan."Sepanjang sebulan ini memang tiada kehidupan lain. Siang bekerja di lapangan, malam pula menyiapkan laporan," katanya.Menurut Mohamad Azir, beliau bersama pasukan perlu tinggal di kawasan hentian rehat itu sepanjang tempoh operasi bagi memastikan pergerakan 31,600 jemaah haji Malaysia berjalan lancar."Mereka adalah tetamu Allah. Apa yang kami lakukan ini untuk menyantuni mereka dan mengharapkan ganjaran pahala yang besar," ujarnya.

Go to News Site