Collector
Gambar hina Sultan Selangor: Polis kenal pasti pemilik akaun Facebook | Collector
Gambar hina Sultan Selangor: Polis kenal pasti pemilik akaun Facebook
Sinar Harian

Gambar hina Sultan Selangor: Polis kenal pasti pemilik akaun Facebook

KUALA LUMPUR - Polis telah mengenal pasti pemilik atau pentadbir akaun Facebook yang menggunakan nama 'Huayan The Pureland Learning Centre' berhubung gambar penghinaan terhadap Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk M Kumar berkata, siasatan terhadap individu terbabit sedang dijalankan termasuk merampas peranti yang digunakan bagi membuat hantaran tersebut.Menurutnya, tindakan diambil oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) Bahagian Pendakwaan Undang-Undang (D5) JSJ Bukit Aman dengan kolaborasi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC)."Gambar itu dimuat naik oleh akaun Facebook terbabit pada 25 April."Kes disiasat di bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 iaitu perbuatan yang mempunyai kecenderungan menghasut, Seksyen 504 Kanun Keseksaan iaitu sengaja mengaibkan dengan niat hendak membangkitkan pecah keamanan serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 iaitu penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian," katanya dalam kenyataan pada Isnin.Beliau berkata, sebanyak 21 laporan telah diterima berkaitan isu itu di seluruh negara.Katanya, seramai 21 saksi termasuk individu yang tampil membuat laporan polis telah dipanggil untuk dirakam percakapan bagi membantu siasatan."Tindakan tegas tanpa kompromi akan diambil terhadap mana-mana individu yang menyalahgunakan media sosial bagi maksud yang menyalahi undang-undang termasuk berkaitan isu 3R (agama, kaum dan institusi diraja)."Kebebasan bersuara di bawah Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan mempunyai limitasi, justeru orang ramai dinasihatkan agar sentiasa berhemah dan bertanggungjawab dalam mengeluarkan sebarang kenyataan atau kandungan di media sosial," ujarnya.

Go to News Site