Collector
Kes tembak: Warga emas didakwa bunuh tiga individu | Collector
Kes tembak: Warga emas didakwa bunuh tiga individu
Sinar Harian

Kes tembak: Warga emas didakwa bunuh tiga individu

KOTA TINGGI - Seorang pekebun warga emas yang dipercayai menembak mati tiga individu di sebuah restoran di Taman Kota Jaya di sini pada minggu lalu didakwa pada Isnin atas tiga pertuduhan membunuh.Tertuduh, Lim Lian, 71, mengangguk faham selepas ketiga-tiga pertuduhan dihadapinya dibacakan jurubahasa mahkamah dalam bahasa Mandarin di hadapan Majistret Nurkhalida Farhana Abu Bakar.Bagaimanapun, tiada sebarang pengakuan direkodkan kerana kes di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.Berdasarkan kertas pertuduhan, lelaki itu didakwa membunuh dua lelaki tempatan iaitu Wong Poh Soon, 61, dan Chen Kwai Hwa, 64, serta wanita warga asing, Tran Thi Trang, 37, di Kedai Chan Fong Moi di Jalan Delima, Taman Kota Jaya di sini kira-kira pukul 1.30 petang, 19 April lalu.Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati atau penjara maksimum 40 tahun dan jika tidak dihukum mati, hendaklah disebat tidak kurang 12 kali, jika sabit kesalahan.Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya Eizlan Azhar, manakala tertuduh diwakili peguam Belinda Low.Eizlan memohon tarikh sebutan dalam masa dua minggu bagi membolehkan pihak pendakwaan mendapat izin supaya kes dipindahkan ke Mahkamah Tinggi dengan segera.Beliau turut tidak menawarkan sebarang jaminan memandangkan kes dihadapkan ke atas tertuduh di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.Mahkamah kemudian menetapkan 13 Mei ini untuk sebutan semula kes dan tiada sebarang jaminan dibenarkan.Terdahulu, tertuduh tiba di pekarangan mahkamah pukul 9.15 pagi diiringi anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Tinggi termasuk Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Daerah Kota Tinggi yang juga pegawai penyiasat kes, Asisten Superintendan Nor Azizi Indzam.Portal Sinar Harian sebelum ini melaporkan, dua lelaki tempatan dan seorang wanita warga Vietnam dilaporkan maut selepas ditembak menggunakan Shotgun buatan Benelli M/super.Hutang berjumlah RM50,000 dipercayai menjadi motif pembunuhan itu.Dalam kejadian itu, tertuduh ditahan pada jarak kira-kira 200 meter dari lokasi kejadian sebelum direman tujuh hari berakhir semalam.Tertuduh juga dilaporkan mempunyai lesen sah senjata api.

Go to News Site