Collector
Wanita tak puas hati, rumah diserbu penguatkuasa agama | Collector
Wanita tak puas hati, rumah diserbu penguatkuasa agama
Sinar Harian

Wanita tak puas hati, rumah diserbu penguatkuasa agama

KULIM - Seorang wanita tidak berpuas hati apabila rumahnya di Sungai Seluang di sini diserbu penguatkuasa agama pada jam lebih kurang 12.50 tengah malam Ahad susulan aduan diterima orang awam.Pegawai Penguatkuasa Agama Daerah Kulim, Anwar Sharifudin Mat Saad berkata, wanita berusia 70-an itu bagaimanapun bertindak mempersoalkan tindakan anggota penguatkuasa yang membuat serbuan terbabit.Menurutnya, ketika diserbu, wanita terbabit bersama seorang lagi individu dikatakan sedang menonton televisyen di ruang tamu."Ketika diketuk, pintu rumah dibuka oleh wanita tersebut, namun pemeriksaan selanjutnya menemui sepasang remaja berada dalam sebuah bilik."Pengakuan dibuat pasangan itu bukan suami isteri dan bukan mahram, remaja perempuan berusia 17 tahun memaklumkan ibunya tahu mereka berada dalam bilik dan tidak melarang mereka kerana dikatakan tidak berbuat apa-apa," katanya.Menurut Anwar, dalam masa sama, ibunya turut mempersoalkan tindakan dibuat penguatkuasa dan menyoal berhubung siapakah yang membuat aduan berkenaan sehingga serbuan dibuat.Jelasnya, semakan mendapati, lelaki berusia 20 tahun itu berasal dari Pulau Pinang, sedang bekerja di sebuah bengkel sementara menunggu pekerjaan baru kerana baharu diberhentikan kerja."Kedua-dua saling mengenali sejak lapan bulan lalu melalui aplikasi media sosial TikTok dan berhubung melalui Telegram."Lelaki itu datang ke rumah perempuan pada malam tadi dikatakan bagi tujuan membantu mewarnakan rambut," jelasnya.Anwar berkata, dia juga mengaku kerap ke rumah tersebut kerana menghantar makanan dan membantu ibu kepada rakan perempuan.Kes disiasat mengikut Seksyen 25 (a) (b) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Kedah (EKJSK) 2014 kerana disyaki berkhalwat.

Go to News Site