Collector
'Tahniah UMNO Negeri Sembilan, langkah penyatuan tolak PH' - Ahmad Fadhli | Collector
'Tahniah UMNO Negeri Sembilan, langkah penyatuan tolak PH' - Ahmad Fadhli
Sinar Harian

'Tahniah UMNO Negeri Sembilan, langkah penyatuan tolak PH' - Ahmad Fadhli

SHAH ALAM - Tindakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) UMNO Negeri Sembilan menarik sokongan terhadap kerajaan negeri yang dipimpin Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun disifatkan sebagai langkah awal menolak Pakatan Harapan (PH).Pandangan tersebut dikongsikan Ketua Penerangan Pas, Ahmad Fadhli Shaari menerusi hantaran di Facebook pada Isnin."Tahniah UMNO Negeri Sembilan memulakan langkah penyatuan tolak PH!" katanya.Terdahulu, kesemua 14 ADUN Barisan Nasional (BN) Negeri Sembilan sebulat suara mengumumkan hilang kepercayaan dan menarik sokongan terhadap kerajaan negeri pimpinan Aminuddin.Menurut Pengerusi BN Negeri Sembilan, Datuk Seri Jalaluddin Alias, keputusan itu dibuat susulan krisis yang membabitkan institusi adat dan perlembagaan negeri.Krisis adat di Negeri Sembilan mencuri tumpuan susulan tindakan Undang Yang Empat mengisytiharkan penurunan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir di Balai Undang Luak Sungai Ujong.Sebelum itu, Aminuddin dalam kenyataannya memaklumkan, Dewan Keadilan dan Undang Negeri Sembilan menasihatkan Luak Sungai Ujong agar menerima pemberhentian Datuk Mubarak Dohak sebagai penyandang pesaka Dato' Klana Petra luak berkenaan.Berikutan krisis tersebut, persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan yang sepatutnya berlangsung selama empat hari terpaksa ditangguhkan ke suatu tarikh yang belum ditetapkan walaupun istiadat pembukaan sidang berkenaan telah disempurnakan oleh Tuanku Muhriz pada Khamis lalu.Pada Pilihan Raya Negeri (PRN) 2023, PH memenangi 17 kerusi membabitkan DAP (11), Parti Keadilan Rakyat (PKR) (5) dan Amanah (1), manakala BN menyumbang 14 kerusi serta Pas (3) dan Bersatu (2).UMNO/BN kemudian membentuk kerajaan negeri bersama PH dengan keseluruhan 31 kerusi.

Go to News Site