Collector
DAP Melaka tolak cadangan ADUN lantikan dalam kerjasama PH–BN | Collector
DAP Melaka tolak cadangan ADUN lantikan dalam kerjasama PH–BN
Sinar Harian

DAP Melaka tolak cadangan ADUN lantikan dalam kerjasama PH–BN

SHAH ALAM - DAP Melaka tidak bersetuju dengan cadangan pelantikan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) lantikan sebagai sebahagian kerjasama antara Pakatan Harapan (PH) dengan Barisan Nasional (BN).Pengerusinya, Khoo Poay Tiong berkata, tiada sebarang rundingan dalam PH Melaka mengenai cadangan tersebut."Setakat pengetahuan DAP Melaka, tiada sebarang perbincangan dalam PH Melaka berhubung cadangan ADUN lantikan ini. DAP Melaka juga tidak menyokong cadangan tersebut," katanya menerusi satu kenyataan di media sosial pada Isnin.Media pada Ahad melaporkan PH Melaka bersedia menjalin kerjasama politik dengan BN bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.Pengerusi PH Melaka, Adly Zahari menjelaskan langkah tersebut susulan pertemuan awal beliau bersama Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh sebagai inisiatif PH mengikat kerjasama politik bagi mengelakkan persaingan yang boleh menjejaskan kestabilan negeri itu.Katanya, beberapa usul telah dikemukakan kepada BN sebagai asas perbincangan, namun beliau menyedari realiti politik di mana setiap parti mempunyai keinginan untuk mendominasi kerusi masing-masing.

Go to News Site