Collector
Krisis Negeri Sembilan: Rafizi zahir sokongan kepada Aminuddin, anggap seperti abang sendiri | Collector
Krisis Negeri Sembilan: Rafizi zahir sokongan kepada Aminuddin, anggap seperti abang sendiri
Sinar Harian

Krisis Negeri Sembilan: Rafizi zahir sokongan kepada Aminuddin, anggap seperti abang sendiri

SHAH ALAM- Ahli Parlimen Pandan, Datuk Seri Rafizi Ramli menzahirkan sokongan dan doa buat Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun susulan kemelut yang berlaku di negeri berkenaan sambil menyifatkan pemimpin itu seperti abangnya sendiri.Rafizi berkata, beliau tidak mengetahui secara terperinci mengenai apa yang berlaku di Negeri Sembilan namun sempat menghubungi Aminuddin pada pagi Isnin untuk bertanya khabar."Saya tak tahu menahu tentang apa yang berlaku di Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun adalah seperti abang saya, isterinya seperti kakak kepada isteri saya."Saya hanya boleh berdoa dari jauh seperti seorang adik kepada abangnya. Saya sempat telefon dia kira-kira pukul 10 pagi tadi. Nak tanya khabar, dia gelak dan gembira. Katanya baru lawat dua sekolah. Ada empat sekolah lagi dia nak lawat hari ini tapi berhenti gerai kejap minum pagi bersama isteri," katanya menerusi hantaran di Facebook.Sebelum itu, 14 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional (BN) Negeri Sembilan sebulat suara mengumumkankan hilang kepercayaan dan menarik sokongan terhadap kerajaan negeri pimpinan Aminuddin.Keputusan itu dibuat susulan krisis yang membabitkan institusi adat dan perlembagaan negeri.Dalam pada itu Rafizi berkata, beliau tidak bimbang dengan keadaan yang dihadapi Aminuddin kerana yakin pemimpin itu seorang yang baik dan matang dalam berdepan cabaran."Saya mengenalinya sejak beliau tinggal di rumah teres setingkat malah perangainya tetap sama. Apa pun terjadi, Insya-ALLAH tidak mengganggu fikiran Tok Min (Aminuddin) dan Kak Wan (Datin Seri Wan Hasni Wan Yusof). Semuanya ada hikmah."Itu kelebihan orang yang tahu pangkat dan jawatan itu hanyalah amanah yang menjadi pinjaman," katanya.

Go to News Site