Collector
Rompak dua kedai serbaneka dalam 20 minit, Geng Kuyai tumpas | Collector
Rompak dua kedai serbaneka dalam 20 minit, Geng Kuyai tumpas
Sinar Harian

Rompak dua kedai serbaneka dalam 20 minit, Geng Kuyai tumpas

PONTIAN - Kegiatan lima lelaki tempatan dikenali sebagai ‘Geng Kuyai’ yang aktif melakukan samun bersenjata di kedai serbaneka, curi kenderaan serta pecah masuk kilang di daerah ini berjaya ditumpaskan dalam operasi khas minggu lalu.Ketua Polis Daerah Pontian, Superintendan Hadzrat Hussien Mion Hussain berkata, kumpulan itu dikesan melakukan dua rompakan di premis serbaneka 24 jam di Taman Perindustrian Pekan Nenas dan Bandar Pontian pada 18 April lalu, dalam tempoh hanya kira-kira 20 minit.Menurutnya, kejadian rompakan pertama berlaku kira-kira jam 3 pagi apabila suspek utama berusia 33 tahun bersama ahli kumpulan lain menyasarkan premis yang sunyi dan tiada pengawal keselamatan."Suspek terlebih dahulu berjalan di sekitar premis kira-kira 10 minit sambil memakai jaket bagi mengaburi mata orang ramai sebelum mengeluarkan parang yang disorokkan dalam baju."Mereka kemudian menyamun pekerja premis menggunakan parang dan besi sebelum melarikan pelbagai barangan serta wang tunai," katanya.Beliau berkata, susulan dua laporan polis diterima pada jam 7.33 pagi dan 7.47 pagi hari sama, sepasukan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pontian bersama Task Force Lejang dan D9 Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor menjalankan serbuan bermula jam 6 petang pada 21 April.Katanya, lima suspek berusia antara 27 hingga 35 tahun berjaya ditahan di sebuah homestay yang disewa di Iskandar Puteri."Hasil semakan mendapati semua suspek mempunyai rekod lampau jenayah dan narkotik, manakala dalang utama turut dikehendaki polis berkaitan kes curi kereta."Ujian saringan air kencing juga mendapati semua suspek positif dadah jenis methamphetamine," katanya.Hadzrat Hussien berkata, polis turut merampas pelbagai barangan dipercayai hasil jenayah termasuk sebuah Perodua Myvi, dua motosikal, 11 telefon bimbit, dua tablet, nombor pendaftaran palsu, senjata seperti parang, pisau, kuku kambing serta pelbagai peralatan pecah masuk dengan nilai keseluruhan rampasan RM60,000.Beliau berkata, kejayaan operasi itu menyelesaikan tiga kes samun, tiga kes curi kenderaan dan satu kes pecah kilang di daerah Pontian."Kes disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan, Seksyen 379A Kanun Keseksaan, Seksyen 457 Kanun Keseksaan serta Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952."Kesemua suspek kini ditahan reman sehingga 30 April," ujarnya.

Go to News Site