Collector
Pengakuan abang penyerang Balai Polis Ulu Tiram mahu letup di hari perbarisan | Collector
Pengakuan abang penyerang Balai Polis Ulu Tiram mahu letup di hari perbarisan
Sinar Harian

Pengakuan abang penyerang Balai Polis Ulu Tiram mahu letup di hari perbarisan

KUALA LUMPUR – Abang sulung kepada penyerang Balai Polis Ulu Tiram, Johor Bahru memaklumkan bahawa dia pernah terlintas untuk membawa ahli keluarganya menaiki van yang dipenuhi bahan letupan, kemudian menyerang satu perbarisan.Timbalan Pendakwa Raya, Norinna Bahadun berkata demikian ketika membaca fakta dalam perbicaraan hari kelima kes lima anggota keluarga penyerang balai polis tersebut yang berdepan sembilan pertuduhan berkaitan keganasan.Norinna berkata menerusi pernyataan bertulis, Radin Romyullah Radin Imran, 36, yang merupakan tertuduh kedua, memberitahu sasaran perancangan itu melibatkan anggota keselamatan negara termasuk polis, tentera dan komando.Menurutnya, Radin Romyullah sebelum ini menganggap tindakan adiknya, Radin Luqman, yang menyerang dan membunuh dua anggota polis sebagai sesuatu yang wajar berdasarkan fahaman yang dipegang ketika itu, yang dianggap sebagai jihad."Ini kerana menurut fahaman saya (Radin Romyullah), polis dan tentera berstatus kafir, namun saya sedar fahaman berkenaan tidak selaras dengan undang-undang Malaysia, jadi saya menyembunyikannya daripada pengetahuan umum," kata fakta kes.Anak sulung daripada empat beradik itu mengaku sehingga kini masih berpegang kepada fahaman tersebut dan melihat perbuatan itu sebagai sebahagian daripada perjuangan.Romyullah turut mengakui masih cenderung kepada ideologi kumpulan militan Daesh dan menyifatkannya sebagai satu bentuk pelaksanaan Islam secara menyeluruh pada zaman moden menurut pemahamannya.Tertuduh kedua itu menyatakan hukuman bunuh yang dilaksanakan kumpulan itu tidak dianggap salah berdasarkan tafsiran yang difahami kerana tiada perincian khusus mengenai kaedah pelaksanaannya.Dia turut mendedahkan pernah mendengar bapanya, Radin Imran Radin Mohd Yassin, 64, berbicara secara berseloroh mengenai jihad."Dia cakap, ‘nak jihad tak perlu jauh-jauh, jumpa kat mana-mana, datang senyap-senyap, zass’ sambil menghayunkan tangannya."Apa yang dikatakan dan digambarkan bapa saya ini tersemat sebagai sebuah idea tentang pelaksanaan jihad di luar medan perang," kata fakta kes.Romyullah turut mengakui dia dan adiknya kerap menonton video berkaitan Daesh menggunakan komputer riba miliknya.Radin Romyullah mengakui memiliki fahaman jihad yang dipengaruhi bapanya, selain menyatakan kesediaan untuk bertindak terhadap anggota keselamatan jika berpeluang.Selain itu, dia memaklumkan bahawa senjata seperti panah dan busur yang dimiliki bapanya dipercayai sebagai persediaan berkaitan fahaman tersebut.Romyullah juga mendedahkan pernah mengucapkan bai’ah atau sumpah setia kepada pemimpin Daesh, Abu Bakar Al-Baghdadi, selepas menonton video berkaitan bersama bapanya sekitar tahun 2014.Pengakuan tersebut menggambarkan sejauh mana pengaruh fahaman berkenaan dalam keluarganya yang akhirnya dikaitkan dengan insiden melibatkan pihak berkuasa.Mengikut pertuduhan, ibu penyerang balai, Rosna Jantan, 61, mengaku tidak bersalah atas satu pertuduhan gagal memberi maklumat berkaitan ideologi keganasan di sebuah rumah di Kampung Sungai Tiram, Johor Bahru antara April 2017 hingga 17 Mei 2024.Bapa suspek, Radin Imran, membuat pengakuan sama atas empat pertuduhan menanam fahaman ideologi keganasan, memberi sokongan kepada perbuatan pengganas, memiliki senjata api untuk menjalankan aktiviti berkaitan keganasan dan memiliki sebuah buku berkaitan kumpulan pengganas.Sementara itu, Radin Romyullah juga mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan memberi sokongan dan memiliki bahan berkaitan kumpulan pengganas Daesh di sebuah rumah di lokasi sama.Dua anak perempuan Radin Imran iaitu Farhah Sobrina, 25, dan Mariah, 20, turut mengaku tidak bersalah atas pertuduhan dengan sengaja enggan memberi maklumat berkaitan ideologi keganasan.Dalam serangan di Balai Polis Ulu Tiram pada 17 Mei 2024, Ahmad Azza Fahmi, 24, dan Muhamad Syafiq, 26, terkorban, manakala Mohd Hasif, 40, cedera ditembak di bahu dan punggung kiri.Dalam serangan di Balai Polis Ulu Tiram pada 17 Mei 2024, dua konstabel, Allahyarham Ahmad Azza Fahmi Azhar, 24, dan Allahyarham Muhamad Syafiq Ahmad Said, 26, terkorban, sementara Koperal Mohd Hasif Roslan, 40 (kini Sarjan) cedera ditembak selepas diserang seorang penyerang lelaki yang akhirnya ditembak mati dalam insiden tersebut.

Go to News Site