Sinar Harian
KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan Pakatan Harapan (PH) akan mengumumkan perkembangan terhadap krisis pentadbiran di Negeri Sembilan.Beliau ketika ditemui bagaimanapun enggan mengulas lanjut terhadap isu tersebut."MB (menteri besar) dan PH, kita akan umumkan kemudian," katanya ringkas kepada pemberita pada Isnin.Beliau ditemui selepas melancarkan Makmal Kecerdasan Buatan (AI) dan Pusat Inovasi di The Exchange 106 di sini pada Isnin.Terdahulu, kesemua 14 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional (BN) Negeri Sembilan sebulat suara mengumumkankan hilang kepercayaan dan menarik sokongan terhadap kerajaan negeri pimpinan Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun.Pengerusi BN Negeri Sembilan, Datuk Seri Jalaluddin Alias berkata, keputusan itu dibuat susulan krisis yang membabitkan institusi adat dan perlembagaan negeri.
Go to News Site