Collector
Elak 'Langkah Sheraton', PH perlu serah pada rakyat buat keputusan | Collector
Elak 'Langkah Sheraton', PH perlu serah pada rakyat buat keputusan
Sinar Harian

Elak 'Langkah Sheraton', PH perlu serah pada rakyat buat keputusan

SEREMBAN - Pakatan Harapan (PH) Negeri Sembilan perlu mengambil tindakan yang bermaruah dengan memulangkan kembali keputusan di tangan rakyat untuk membuat pilihan baharu.Pengerusi Parti Sosialis Malaysia (PSM) Negeri Sembilan, S. Tinagaran berkata, langkah tersebut penting bagi mengelakkan berulangnya 'Langkah Sheraton'."Kita tidak mahu tragedi Langkah Sheraton berulang lagi, apabila mana-mana wakil rakyat atau parti politik sewenang-wenangnya membuat percaturan sendiri, bergabung dan berpisah sesuka hati tanpa mendengar keinginan rakyat dari bawah."Meskipun membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) ketika ini berisiko kepada nasib PH untuk menerajui kerajaan pada masa akan datang, ia adalah langkah terhormat bagi menyelamatkan demokrasi daripada menjadi mainan kaki politik yang cuba mengambil kesempatan," katanya dalam kenyataan pada Isnin.Tegasnya, meskipun Negeri Sembilan mempunyai adat yang unik dan dihormati, diharapkan ia tidak menyekat atau mengganggu gugat sebuah kerajaan negeri yang berdiri atas mandat rakyat.Tambahnya, suara rakyat harus menjadi lebih keramat dan berdaulat untuk ditaati serta dipertahankan."Situasi krisis di Negeri Sembilan semakin meruncing apabila UMNO/Barisan Nasional (BN) menarik sokongan terhadap kerajaan negeri yang diterajui Datuk Seri Aminuddin Harun daripada PH."Ini menjadikan kerajaan negeri hanya disokong oleh 17 wakil rakyat, kurang daripada jumlah 19 kerusi yang diperlukan bagi membentuk majoriti, manakala Perikatan Nasional (PN) juga telah menawarkan kerjasama dengan BN bagi membentuk kerajaan negeri baharu," katanya.

Go to News Site