Sinar Harian
KUALA LUMPUR - Seorang remaja perempuan tempatan berusia 15 tahun yang dilaporkan hilang dari kediamannya di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Sri Malaysia, Desa Petaling di sini, sejak Jumaat lalu, ditemukan selamat.Ketua Polis Daerah Cheras Asisten Komisioner Mohd Rosdi Daud berkata, Afiqah Abdul Aziz, ditemui pada jam kira-kira 9.15 pagi Isnin di sebuah kediaman di Kampung Bukit Kuching Tengah, Jeram, Selangor."Kehadiran mangsa disedari oleh seorang penduduk tempatan selepas remaja tersebut datang ke rumahnya untuk menumpang mengecas telefon bimbit."Bertindak atas maklumat dan hebahan media sosial, penduduk berkenaan segera menghubungi ahli keluarga mangsa dan pihak polis," katanya dalam kenyataan pada Isnin.Mohd Rosdi berkata, mangsa kini dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Cheras bagi urusan dokumentasi dan pemeriksaan lanjut sebelum diserahkan semula kepada keluarga."Kita merakamkan penghargaan kepada orang awam atas kerjasama dan keprihatinan dalam membantu mengesan mangsa sehingga ditemui semula," katanya.Terdahulu kehilangan Afiqah tular di media sosial selepas beberapa keping gambar dimuat naik oleh seorang pengguna di Thread meminta bantuan orang ramai untuk mengesan keberadaan remaja itu.
Go to News Site