Collector
Disiplin pemandu dengan premium insurans, wajar atau tidak? | Collector
Disiplin pemandu dengan premium insurans, wajar atau tidak?
Sinar Harian

Disiplin pemandu dengan premium insurans, wajar atau tidak?

MASALAH disiplin pemandu di jalan raya seperti enggan mematuhi peraturan dan memandu secara agresif, semakin membimbangkan dan kian meruncing setiap tahun.Keadaan itu bukan sahaja mengancam keselamatan diri pemandu, malah turut membahayakan pengguna jalan raya lain seperti penunggang motosikal, pejalan kaki dan penumpang.Dalam konteks ini, terdapat cadangan supaya sistem premium insurans kenderaan dikaji bagi mengawal dan mempengaruhi tingkah laku pemandu di negara ini.Saranan itu membolehkan premium insurans berfungsi sebagai mekanisme kawalan melalui penetapan kadar yang berbeza berdasarkan risiko pemandu.Dengan kata lain, pemandu yang mempunyai rekod kemalangan atau kesalahan lalu lintas yang tinggi lazimnya dikenakan kadar premium lebih mahal berbanding pemandu berhemah.Sehubungan itu, timbul persoalan utama iaitu, adakah wajar untuk premium insurans dikaji supaya dapat mendisiplinkan pemandu di jalan raya. Lebih penting, bagaimana pula suara rakyat terhadap cadangan tersebut?Perluaskan insurans premium termasuk pemandu e-hailingCadangan menyesuaikan premium insurans sebagai cara mendisiplinkan pemandu memang wajar.Langkah ini pula tidak sepatutnya terhad kepada penunggang motosikal, sebaliknya perlu diperluaskan kepada semua pengguna jalan raya termasuk pemandu kereta persendirian dan pemandu e-hailing.Hal ini kerana setiap pengguna jalan raya sebenarnya menyumbang kepada risiko kemalangan, sama ada secara langsung atau tidak langsung.Memang benar penunggang motosikal sering dikaitkan kadar kemalangan tinggi, tetapi pemandu kenderaan lain juga tidak terlepas melakukan kesalahan.Jadi, jika sistem premium insurans berasaskan risiko dilaksanakan menyeluruh, ia dapat mewujudkan rasa keadilan kepada semua pihak.Selain itu, pemandu e-hailing juga wajar diberi perhatian dalam sistem ini kerana mereka berada di jalan raya lebih lama berbanding pemandu biasa.Sebab itu, penetapan kadar insurans berdasarkan rekod pemanduan boleh menjadi satu dorongan yang kuat untuk mereka kekal berdisiplin.- Penolong Pengarah, Transformasi dan Strategi, Muhamad Ameer Asyraff A Raman, 32.Bentuk masyarakat berdisiplin, lebih bertanggungjawabPada saya, memang wajar premium insurans dikaji semula supaya boleh jadi salah satu cara mendisiplinkan pemandu dan penunggang motosikal.Kalau seseorang banyak saman, kerap langgar peraturan atau ada rekod kemalangan, memang patut dia bayar premium lebih tinggi sebab risiko dia lebih besar.Sebaliknya, kalau pemandu atau penunggang itu berhemah, ikut undang-undang dan rekod bersih, elok diberi premium lebih rendah sebagai ganjaran. Sekurang-kurangnya ada rasa berbaloi untuk memandu dengan baik.Perkara ini mungkin tidak beri kesan sangat dekat pada orang yang berduit sebab mereka masih mampu bayar lebih.Namun, sekurang-kurangnya orang yang berdegil akan rasa kesannya dari segi kewangan.Pada saya, ini satu langkah yang baik ke arah membentuk masyarakat yang lebih berdisiplin dan bertanggungjawab di jalan raya, asalkan sistem itu dibuat secara adil dan telus.- Eksekutif Kanan Pemasaran, Muhammad Amirul Helmy Yahya, 32.Bentuk budaya pemanduan berhemahPada saya, premium insurans wajar dikaji dan disesuaikan sebagai antara cara mendisiplinkan pemandu di jalan raya.Hal ini kerana pendekatan ini sebenarnya sudah selaras dengan amalan di negara maju yang telah lama melaksanakan sistem premium berasaskan tingkah laku pemandu.Sistem ini terbukti berkesan dalam mengawal risiko kemalangan kerana kadar insurans ditentukan berdasarkan corak pemanduan sebenar, seperti tahap kepatuhan terhadap undang-undang dan rekod kesalahan lalu lintas.Langkah ini juga mampu meningkatkan kesedaran tentang keselamatan jalan raya dalam kalangan masyarakat.Apabila pemandu tahu tingkah laku mereka akan memberi kesan kepada kos insurans, mereka akan lebih bertanggungjawab.Ini juga berfungsi sebagai pendidikan kepada pemandu tentang kepentingan pemanduan selamat, sekali gus membantu membentuk budaya pemanduan lebih berhemah dalam jangka masa panjang.Ini boleh menjadi satu langkah proaktif menangani masalah disiplin pemandu.Sekiranya dilaksanakan dengan telus dan berkesan, ia mampu memberi manfaat besar kepada keselamatan jalan raya serta kesejahteraan masyarakat secara keseluruhan.- Akauntan syarikat swasta, Muhamad Amirul Adha Sabri, 27.Fokus perkasa undang-undang jalan rayaBerkenaan premium insurans, jika ada keperluan kaji sistem ini, pastikan pelaksanaannya jelas dan telus.Prosedur standard operasi juga perlu betul agar tidak timbul isu ketidakadilan dalam kalangan pengguna.Namun, perkara lebih penting ialah memastikan undang-undang sedia ada dilaksanakan dengan tegas dan tanpa pengecualian.Kalau masih ada pihak yang boleh terlepas daripada tindakan, maka sukar untuk mencapai perubahan yang diharapkan.Pendekatan hukuman juga boleh diperketatkan, terutamanya bagi kesalahan serius. Contohnya, penggantungan atau penarikan lesen mungkin lebih berkesan berbanding sekadar denda.Ini kerana ada segelintir individu yang mampu membayar denda tanpa rasa serik, tetapi akan lebih berhati-hati jika melibatkan lesen.Penegasan undang-undang dan penguatkuasaan yang berterusan dilihat lebih penting. Pendekatan ini mungkin lebih memberi kesan dalam jangka masa panjang.- Pekerja swasta, Farhana Abd Kadir, 30.

Go to News Site