Collector
Kedudukan MB tidak gugur secara automatik | Collector
Kedudukan MB tidak gugur secara automatik
Sinar Harian

Kedudukan MB tidak gugur secara automatik

SHAH ALAM - Negeri Sembilan akan kekal diterajui Kerajaan Perpaduan sekiranya masih mengekalkan majoriti dalam Dewan Undangan Negeri (DUN).Bagaimanapun, pertukaran kerajaan boleh berlaku jika terdapat perubahan sokongan untuk melantik wakil Barisan Nasional (BN) sebagai Menteri Besar baharu.Penganalisis politik, Mohamad Hafis Amat Simin berpandangan, kedudukan Datuk Seri Aminuddin Harun sebagai Menteri Besar tidak gugur secara automatik walaupun berlaku penarikan sokongan, sebaliknya bergantung kepada sama ada beliau masih menguasai majoriti dalam DUN.Jelasnya, situasi semasa itu merupakan fasa ‘ujian angka’ yang akan menentukan keabsahan kerajaan negeri."Jika blok Kerajaan Perpaduan masih cukup kerusi, pentadbiran sedia ada akan kekal walaupun dalam keadaan lebih rapuh."Bagaimanapun, jika UMNO atau BN berjaya membentuk gabungan baharu sama ada dengan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) lain atau melalui kerjasama dengan Perikatan Nasional (PN), tidak mustahil berlaku pertukaran kerajaan tanpa pilihan raya," katanya kepada Sinar Harian.Mohamad Hafis berkata, isunya kini bukan sekadar krisis sokongan tetapi krisis keabsahan yang akan ditentukan oleh siapa terlebih dahulu dapat membuktikan majoriti."Jika tiada pihak berjaya menguasai keadaan, pembubaran DUN dan pilihan raya negeri boleh menjadi jalan terakhir kepada kemelut politik di Negeri Sembilan," ujarnya.Beliau turut merujuk Krisis Perlembagaan Perak 2009 bahawa penentuan majoriti boleh berlaku di luar sidang DUN dengan penilaian dilakukan melalui pelbagai kaedah termasuk akuan bersumpah dan penilaian pihak istana."Terdapat tiga senario utama berpotensi berlaku dalam krisis berkenaan iaitu ujian kekuatan di DUN, peralihan kuasa tanpa pilihan raya dan pembubaran DUN."Dalam keadaan ini, peranan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan menjadi kritikal sebagai penentu akhir terhadap keabsahan sokongan yang dimiliki Menteri Besar," katanya.

Go to News Site