Collector
Amanah nafi terlibat salah guna dana zakat, umum tarikh konvensyen nasional | Collector
Amanah nafi terlibat salah guna dana zakat, umum tarikh konvensyen nasional
Sinar Harian

Amanah nafi terlibat salah guna dana zakat, umum tarikh konvensyen nasional

SHAH ALAM - Parti Amanah Negara (Amanah) tidak terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam kes salah guna dana zakat yang kini berada di bawah siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).Setiausaha Agungnya, Muhammad Faiz Fadzil berkata, pendirian itu adalah antara ketetapan utama yang dicapai dalam mesyuarat Jawatankuasa Pimpinan Nasional Amanah yang diadakan malam tadi.Menurutnya, Amanah menyokong penuh agar siasatan dilakukan secara bebas dan telus bagi memastikan integriti pengurusan dana tersebut dipelihara."Amanah menggesa siasatan bebas dan telus dijalankan SPRM kerana dana zakat adalah khusus bagi membantu golongan asnaf dan bukannya platform untuk mengumpul kekayaan peribadi," katanya dalam satu kenyataan kepada Sinar Harian pada Selasa.Terdahulu, penyokong pembangkang didakwa mengaitkan Amanah dengan kes penahanan beberapa individu oleh SPRM selepas disyaki menyeleweng dana zakat berjumlah kira-kira RM230 juta.Dalam pada itu, Muhammad Faiz turut mengumumkan bahawa Konvensyen Nasional 2026 Parti Amanah Negara dijadualkan berlangsung di Seremban, Negeri Sembilan.Acara tahunan tersebut akan diadakan selama dua hari bermula pada 22 hingga 23 Ogos depan.Mengulas mengenai perkembangan politik semasa, Amanah menyatakan kebimbangan terhadap situasi yang melanda Negeri Sembilan ketika ini.Beliau berkata, Amanah mengutuk sekeras-kerasnya sebarang gerakan yang cuba mewujudkan 'kerajaan tebuk atap' kerana ia dilihat mampu menggugat kestabilan politik serta mengganggu kelancaran pentadbiran kerajaan sedia ada.Selain itu, mesyuarat turut mengambil maklum mengenai beberapa kes pendakwaan berkaitan isu politik yang melibatkan ahli-ahli parti itu."Pihak parti akan mengambil langkah sewajarnya untuk membela ahli-ahli yang terlibat dalam kes pendakwaan tersebut," tambahnya lagi.

Go to News Site