Sinar Harian
TUARAN - Empat suspek kes curi kabel yang sedang dikejar polis cedera selepas pacuan empat roda yang mereka naiki terbabit dalam kemalangan di kawasan berhampiran Kampung Berungis, di sini pada awal pagi Selasa.Dalam kejadian kira-kira jam 4.30 pagi itu, turut cedera seorang lelaki warga emas yang juga pemandu sebuah lagi pacuan empat roda lain.Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tuaran, Kurong Ak Beki berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 4.44 pagi.Katanya, seramai lapan anggota dikejar ke lokasi yang terletak sejauh sembilan kilometer dari BBP Tuaran."Komander Operasi melaporkan kemalangan melibatkan dua kenderaan iaitu Toyota Hilux Vigo terdapat empat mangsa dan Isuzu Invader terdapat seorang mangsa."Menurut maklumat, Toyota Hilux Vigo tersebut dipercayai suspek kes curi kabel dan sedang dikejar oleh pihak polis sebelum cuba melarikan diri menggunakan kenderaan itu."Bagaimanapun, kenderaan tersebut terlibat kemalangan dengan melanggar Isuzu Invader dan menyebabkan kelima-limanya cedera," katanya dalam kenyataan.Pasukan Keluaran Operasi (PKO) yang tiba di lokasi membuat pemeriksaan awal dan mendapati terdapat mangsa yang tersepit dalam kenderaan."Semua mangsa kemudian diserahkan kepada pasukan perubatan untuk tindakan lanjut dan dihantar ke hospital menggunakan ambulans," katanya.
Go to News Site