Collector
Krisis Negeri Sembilan: Jangan tebuk atap, kembalikan mandat rakyat, tegas Akmal | Collector
Krisis Negeri Sembilan: Jangan tebuk atap, kembalikan mandat rakyat, tegas Akmal
Sinar Harian

Krisis Negeri Sembilan: Jangan tebuk atap, kembalikan mandat rakyat, tegas Akmal

SHAH ALAM - Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Akmal Saleh menegaskan pendiriannya menolak sebarang usaha menubuhkan kerajaan melalui kaedah ‘tebuk atap’, sebaliknya menggesa semua pihak menghormati mandat rakyat.Beliau berkata, prinsip itu konsisten dipegangnya sejak sebelum ini, termasuk ketika krisis pertukaran Menteri Besar di Perlis menyaksikan tindakan beberapa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) mencetuskan kemarahan penyokong sehingga ada yang dipecat daripada parti.Menurutnya, ketika itu juga wujud desakan supaya Pilihan Raya Negeri diadakan sebagai tanda protes terhadap tindakan ‘tebuk atap’, selain cacian dan makian yang diterima oleh pihak terlibat."Namun apabila krisis di Negeri Sembilan berlaku, nadanya berbeza apabila saya menyatakan tidak bersetuju dengan tindakan ‘tebuk atap’, saya pula menerima pelbagai makian," ujarnya dalam satu hantaran di laman Facebooknya pada Selasa.Akmal menjelaskan, beliau pernah menyatakan secara terbuka bahawa UMNO boleh menarik sokongan daripada kerajaan perpaduan, namun bukan untuk menubuhkan kerajaan baharu melalui kaedah tersebut atau kerana mengejar jawatan.Sebaliknya, ujarnya, tindakan itu perlu dibuat atas dasar tidak bersetuju dengan apa yang dilakukan oleh Pakatan Harapan (PH), di samping menghormati mandat rakyat."Jika sokongan ditarik dan kerajaan tumbang, kita perlu melalui proses pilihan raya untuk mengembalikan mandat kepada rakyat, bukan dengan cara ‘tebuk atap’," ujarnya lagi.Dalam pada itu, beliau melihat perkembangan sokongan ADUN Perikatan Nasional (PN) kepada Barisan Nasional (BN) di Negeri Sembilan sebagai sesuatu yang positif ke arah penyatuan parti-parti Melayu.Bagaimanapun, beliau menegaskan kerjasama itu seharusnya diterjemahkan melalui pilihan raya, bukannya melalui penubuhan kerajaan secara ‘tebuk atap’."Saya mengajak supaya kita bekerjasama dalam pilihan raya, seperti mana pendirian saya sebelum ini untuk melihat kerjasama antara UMNO dan Pas dapat direalisasikan," ujarnya.Akmal turut menegaskan perbezaan antara pemimpin berprinsip dan golongan pentaksub, dengan menyifatkan pentaksub cenderung menghalalkan sesuatu yang menguntungkan mereka dan sebaliknya."Maka rakyat memerlukan pemimpin yang berprinsip, bukan pentaksub. Saya kekal dengan pendirian UMNO perlu tarik sokongan dan menjadi pembangkang bermaruah atau berdepan pilihan raya, bukan menubuhkan kerajaan melalui ‘tebuk atap’," tambahnya.

Go to News Site