Collector
PH terbuka terima pandangan penganalisis | Collector
PH terbuka terima pandangan penganalisis
Sinar Harian

PH terbuka terima pandangan penganalisis

SHAH ALAM - Pakatan Harapan (PH) tidak akan berdepan masalah sekiranya pilihan raya diadakan dalam masa terdekat, namun setiap pandangan penganalisis politik tetap wajar diambil kira bagi menilai kekurangan serta memperkukuh sokongan sedia ada.Naib Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Datuk Mahfuz Omar berkata, prestasi kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika ini menunjukkan keupayaan mengurus negara, khususnya dalam mendepani cabaran semasa seperti krisis tenaga."Kerajaan tidak menunggu rakyat jatuh, sebaliknya menghulurkan bantuan lebih awal bagi meringankan beban mereka. Jadi, saya fikir masyarakat dan rakyat boleh menilai."Mereka mampu menilai perbezaan antara kerajaan yang bekerja dengan pihak yang hanya banyak bercakap," katanya kepada Sinar Harian pada Isnin.Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Ketua Penyelidik Ilham Centre, Profesor Madya Dr Mohd Yusri Ibrahim bahawa PH berdepan risiko tumbang sekiranya pilihan raya diadakan dalam keadaan semasa susulan kelemahan dalam mengukuhkan semula jenama dan sokongan akar umbi.Justeru, Dr Mohd Yusri menuntut tindakan segera dilakukan oleh pimpinan parti berkenaan bagi memastikan sokongan rakyat dapat dipulihkan.Mahfuz berkata, setakat ini tiada isu besar yang menunjukkan PH berdepan masalah kerana sokongan rakyat masih kekal, malah prestasi kerajaan ketika ini menjadi antara faktor yang dinilai pengundi sekiranya pilihan raya diadakan dalam tempoh terdekat.Menurutnya, beberapa negeri seperti Melaka dan Sarawak juga bakal menghadapi pilihan raya selepas tamat tempoh pentadbiran dan proses itu akan berlangsung seperti biasa."Jika pilihan raya diadakan lebih awal dan diselaraskan dengan negeri yang bakal tamat tempoh, ia boleh menjimatkan perbelanjaan negara berbanding diadakan secara berasingan," katanya.Mengulas isu kekuatan jenama dan sokongan akar umbi PH, beliau berpandangan ia masih kukuh berdasarkan prestasi dalam beberapa pilihan raya sebelum ini termasuk Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) dan ke-15 serta beberapa pilihan raya negeri.

Go to News Site