Sinar Harian
JOHOR BAHRU – Penganjuran JCorp Group Sustainability & Yayasan JCorp Open Day 2026 mencatat satu pencapaian signifikan bagi Johor Corporation (JCorp) apabila memperkenalkan platform bersepadu pertama di peringkat Kumpulan yang memfokuskan aspek kelestarian, kerjasama strategik dan penyertaan komuniti.Program yang berlangsung selama dua hari bermula 26 April itu disempurnakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar Negeri Johor, Ling Tian Soon, sekali gus mencerminkan sokongan padu kerajaan negeri terhadap agenda berteraskan kelestarian dan kesejahteraan komuniti.Penganjuran ini turut menzahirkan komitmen JCorp dalam memacu pertumbuhan inklusif selari dengan prinsip Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG) serta Matlamat Pembangunan Mampan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (SDG).Tiga kerjasama strategik diperkukuhAntara sorotan utama program ialah pertukaran tiga dokumen kerjasama strategik melibatkan Yayasan JCorp bersama Johor Sustainability Centre (JSC) dan Jabatan Perhutanan Negeri Johor; Tourism Johor; serta Johor Skills Development Centre dan Perbadanan Hal Ehwal Bekas Angkatan Tentera (PERHEBAT).Kerjasama ini memberi tumpuan kepada usaha memperkasa inisiatif kelestarian merentasi pelbagai sektor termasuk alam sekitar, pelancongan, pembangunan kemahiran dan pemerkasaan komuniti.Pemuliharaan hutan dan daya tahan iklimKerjasama antara Yayasan JCorp, JSC dan Jabatan Perhutanan Negeri Johor memberi penekanan terhadap usaha pemuliharaan hutan, pengurusan karbon serta daya tahan iklim.Inisiatif ini merangkumi penilaian serapan karbon dan program pemulihan hutan, dengan Jabatan Perhutanan Negeri Johor menyediakan kepakaran teknikal dalam pengurusan flora dan ekosistem serta mengenal pasti kawasan sesuai.Pada masa sama, JSC menyumbang dari aspek pemprosesan data manakala Yayasan JCorp menggerakkan penglibatan komuniti termasuk sekolah dan golongan belia dalam usaha pemeliharaan alam sekitar.Pendekatan ini selari dengan kerangka Membela JCorp yang menekankan manfaat jangka panjang kepada ekosistem dan negeri Johor.Perkasa ekonomi kreatif dan pelanconganKerjasama bersama Tourism Johor pula menyaksikan pelaksanaan Pentas Seni Johor Road Tour yang bertujuan memperkasa komuniti serta menyokong bakat tempatan.Inisiatif ini turut memperkukuh ekonomi kreatif dan menyokong agenda Tahun Melawat Johor 2026 serta kempen pelancongan nasional.Sementara itu, kerjasama bersama Johor Skills Development Centre dan PERHEBAT memberi fokus kepada pelaksanaan Program Kemahiran untuk Pesara.Program ini menyediakan latihan semula dan peningkatan kemahiran kepada veteran tentera bagi membuka peluang kerjaya kedua, meningkatkan kebolehpasaran serta menggalakkan keusahawanan selari dengan keperluan industri semasa.Kelestarian melangkaui prestasi kewanganKetua Pegawai Kelestarian dan Impak Sosial JCorp, Zaidatul Zurita Abdul Rahman berkata, Hari Terbuka tersebut menjadi langkah penting dalam menterjemahkan komitmen kelestarian kepada manfaat sebenar kepada masyarakat.Menurutnya, platform bersepadu itu membuktikan bahawa penciptaan nilai tidak hanya tertumpu kepada prestasi kewangan semata-mata, sebaliknya turut merangkumi impak sosial dan alam sekitar."Keberkesanan penyampaian hasil kelestarian bergantung kepada kekuatan kerjasama serta penyertaan kolektif semua pihak," katanya.Tadbir urus dan impak jangka panjangPengerusi Yayasan JCorp, Rozaini Mohd Sani pula menegaskan bahawa kerjasama strategik memainkan peranan penting dalam memastikan setiap inisiatif dilaksanakan dengan tadbir urus yang baik dan berpaksikan masa hadapan.Menurutnya, Yayasan JCorp kekal komited dalam memastikan setiap program memberi impak berpanjangan kepada komuniti."Sebagai pemegang amanah kepercayaan masyarakat, setiap inisiatif dipandu oleh prinsip akauntabiliti dan manfaat jangka panjang," ujarnya.Pelbagai aktiviti tarik penyertaan komunitiSelain kerjasama strategik, Hari Terbuka itu turut dimeriahkan dengan pelbagai aktiviti melibatkan komuniti.Antaranya pameran syarikat Kumpulan JCorp seperti KPJ Healthcare Berhad, Johor Plantations Group Berhad dan Waqaf An-Nur yang mengetengahkan usaha dalam bidang kesihatan, pendidikan serta pembangunan kemahiran.Program turut diserikan dengan persembahan Pesta Batu 5, bengkel Zapin Johor, bengkel kraf artisan, pertandingan mewarna serta gerai makanan tempatan.Inisiatif inklusif dan mesra komunitiAcara itu juga menampilkan The Neurodivergent Raya Fun Run 2026 di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Skudai yang melibatkan 300 peserta.Larian tersebut menyediakan platform inklusif kepada individu neurodivergen bersama keluarga serta masyarakat umum.Selain itu, program Waste to Wonders yang diperkenalkan sejak 2024 turut mencatat kejayaan apabila berjaya menyelamatkan lebih 146 tan sisa daripada tapak pelupusan.Sebagai sayap "Membela" kepada JCorp, Yayasan JCorp terus memainkan peranan penting dalam memperkasa kelestarian alam sekitar dan sosial menerusi pelaksanaan pelbagai inisiatif berimpak tinggi.Usaha ini sekali gus memperluas manfaat kepada masyarakat di Johor dan seluruh negara, sejajar dengan aspirasi pembangunan mampan jangka panjang.
Go to News Site