Collector
Jangan kejar ‘content’ di Tanah Suci - TH | Collector
Jangan kejar ‘content’ di Tanah Suci - TH
Sinar Harian

Jangan kejar ‘content’ di Tanah Suci - TH

MAKKAH – Ketika budaya merakam dan berkongsi momen menjadi kebiasaan masyarakat hari ini, jemaah haji diingatkan supaya tidak terlalu asyik mengejar kandungan media sosial hingga terlupa matlamat utama berada di Tanah Suci iaitu menunaikan ibadah dengan penuh khusyuk.Pengarah Operasi Bimbingan Haji Tabung Haji (TH), Shahrin Awaluddin berkata, jemaah termasuk golongan muda perlu bijak mengimbangi penggunaan teknologi agar ia tidak menjejaskan tumpuan terhadap ibadah haji.Menurut beliau, setiap tahun pihaknya melihat pertambahan jemaah dalam kalangan anak muda termasuk mereka yang mendapat peluang pertama menunaikan haji.Katanya, perkembangan itu sesuatu yang positif kerana golongan muda mempunyai tenaga serta tahap kesihatan yang baik untuk melaksanakan ibadah dengan lebih sempurna.Bagaimanapun, beliau menegaskan jemaah perlu memahami bahawa haji membawa maksud qasad iaitu niat, tujuan dan fokus yang jelas dalam melaksanakan ibadah kepada ALLAH."Setiap tahun kita menasihatkan perkara ini kerana apabila berada di Tanah Suci, jemaah perlu menumpukan perhatian sepenuhnya kepada ibadah haji dan bukan melaksanakannya secara sambil lewa."Jika terlalu sibuk dengan media sosial, jemaah akan rugi kerana masa di sini amat berharga dan peluang ini bukan datang selalu," katanya ketika ditemui di sini pada Isnin. Beliau berkata, antara ibadah yang memerlukan tumpuan penuh ialah tawaf, saie dan melontar jamrah kerana ia menuntut kehadiran fizikal, mental serta penghayatan rohani.Menurutnya, setiap amalan yang dilakukan di Tanah Suci merupakan saat penting untuk mendekatkan diri kepada ALLAH serta memperbaiki hubungan spiritual seseorang Muslim."Media sosial bukan tidak penting, tetapi jangan berlebihan sehingga menyebabkan lalai ketika melaksanakan ibadah."Gunakanlah teknologi secara berpada-pada dan utamakan ibadah sepanjang berada di Makkah dan Madinah," katanya.Tambah beliau, jemaah disaran memanfaatkan peluang berada di Tanah Suci dengan memperbanyakkan doa, zikir dan ibadah agar pengalaman menunaikan haji memberi kesan mendalam dalam kehidupan selepas pulang ke tanah air.

Go to News Site