Sinar Harian
CYBERJAYA – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, menegaskan kemelut pentadbiran Negeri Sembilan yang berlaku ketika ini akan diselesaikan secara politik.Beliau berkata, parti tidak pernah mencampuri urusan pentadbiran kerajaan negeri ataupun undang-undang adat Negeri Sembilan."Kita akan mencari penyelesaian terbaik bagi memastikan sebuah kerajaan yang kukuh di Negeri Sembilan dapat terus melayani dan mendepani permasalahan rakyat," katanya.Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Sambutan Hari Penguat Kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), di sini pada Selasa.AKAN MENYUSUL
Go to News Site