Collector
Malaysia kekal kepusatan ASEAN, tolak campur tangan luar - Saifuddin Nasution | Collector
Malaysia kekal kepusatan ASEAN, tolak campur tangan luar - Saifuddin Nasution
Sinar Harian

Malaysia kekal kepusatan ASEAN, tolak campur tangan luar - Saifuddin Nasution

KUANTAN – Kerajaan Malaysia menegaskan tidak akan membenarkan mana-mana kuasa besar dunia menentukan dasar keselamatan di Selat Melaka.Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, Malaysia kekal sebagai zon aman, bebas dan berkecuali (ZOPFAN) di bawah prinsip centrality (kepusatan) ASEAN."Kita tidak membenarkan mana-mana kuasa besar menentukan atau memaksakan dasar mereka ke atas Malaysia."Pendekatan ini kita panggil centrality dan bukan bermaksud kita tiada pendirian, tapi kita menyatakan pendirian mengikut kepentingan negara kita," katanya pada sidang akhbar selepas Program Jelajah Wira Madani Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) di Padang Kawad Akademi Maritim Sultan Ahmad Shah (AMSAS) di sini pada Selasa.Saifuddin berkata demikian ketika mengulas mengenai impak konflik Asia Barat terhadap keselamatan perairan negara.Beliau turut menjelaskan konflik yang berlaku di Selat Hormuz ketika ini memberikan isyarat jelas terhadap kepentingan laluan strategik dunia.Menurutnya, sekiranya Selat Hormuz merupakan laluan kepada 20 peratus bekalan tenaga dunia, baki 80 peratus lagi laluan kapal dagang adalah melalui Selat Melaka."Kalau itu 20 peratus daripada bekalan tenaga dunia tutup ataupun usaha untuk menguasai laluan itu pun sudah mencetuskan satu ketegangan geopolitik yang sebegitu hebat, apatah lagi Selat Melaka," ujarnya.Justeru, Saifuddin menegaskan keselamatan Selat Melaka adalah kewajipan negara."Oleh itu, kita kekal dengan pendirian bahawa mengawasi keselamatan Selat Melaka yang menjadi laluan penting kapal-kapal dunia adalah kewajipan."Malah, kita juga tidak bersedia membenarkan mana-mana pihak membuat keputusan unilateral (sebelah pihak)terhadap kawasan kita."Kita punya tanggungjawab terhadap kepentingan rakyat dan juga kepentingan warga dunia kerana itu buat masa sekarang dari segi pendirian centrality kita mengambil pendirian mengikut kepentingan kita," ujarnya.Saifuddin memberitahu Malaysia akan terus mengadakan libat urus dengan semua pihak bagi mengekalkan keamanan."Kerana itu buat masa sekarang, kita mengekalkan status quo keamanan yang kita rasai sekarang," katanya.

Go to News Site