Sinar Harian
KOTA BHARU - Kertas siasatan berhubung kenyataan yang didakwa memperlekeh anggota polis ketika menjalankan sekatan jalan raya (SJR) oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Melor, Wan Rohimi Wan Daud akan diserahkan kepada Pengarah Pendakwaan Negeri (PPN) dalam masa terdekat.Perkara tersebut disahkan oleh Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusoff Mamat, ketika dihubungi pada Selasa."Siasatan sudah lengkap dan kita akan serah kertas pertuduhan kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk membuat semakan," katanya.Menurut beliau, keputusan sama ada pertuduhan dibuat atau sebaliknya diserahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya.Sebelum itu, Sinar Harian melaporkan Wan Rohimi telah memberi keterangan lebih satu jam bermula dari jam 5 hingga 6.30 petang di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Bharu, di sini, pada Isnin."Saya dah jelaskan pada polis (pegawai penyiasat), jangan kecil hati. Kita tak maki polis, tapi polis ini seperti dilaga-lagakan oleh pihak tertentu."Demikian tegas Wan Rohimi Wan Daud selepas selesai memberi keterangan berhubung dakwaan mengeluarkan kenyataan berunsur memperlekeh dan memperbodohkan anggota polis ketika menjalankan tugasan SJR semasa 'Konvoi dan Lepak Anak Muda Bersama YB-YB' anjuran Kelab Penyokong Kerajaan (BBC) dan Pemuda Pas Kelantan.
Go to News Site