Sinar Harian
KUANTAN - Seorang pegawai kanan polis direman direman selama lima hari hingga 2 Mei ini bagi membantu siasatan berhubung dakwaan meminta dan menerima rasuah kira-kira RM64,000.Rasuah itu dipercayai sebagai balasan melindungi kegiatan pusat hiburan tidak sah di sebuah daerah di negeri ini.Perintah reman terhadap suspek lelaki berusia lingkungan 50-an itu dikeluarkan Majistret Ellyna Mahussin di Mahkamah Majistret Kuantan pada Selasa selepas permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).Menurut sumber, suspek ditahan kira-kira jam 2 petang Isnin di kediamannya."Siasatan awal mendapati suspek disyaki melakukan perbuatan tersebut antara 2020 hingga 2023 ketika bertugas di salah satu daerah di negeri ini."Suspek dipercayai menerima wang rasuah secara bulanan daripada dua pemilik pusat hiburan melalui pemindahan ke akaun bank peribadinya," katanya pada Selasa.Sementara itu, Pengarah SPRM Pahang, Mohd Shukor Mahmud ketika dihubungi mengesahkan penahanan tersebut.Kes disiasat di bawah Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009. - Bernama
Go to News Site