Sinar Harian
KUALA LUMPUR - Aksi dua remaja menceroboh kawasan larangan dan berjoget di atas landasan Transit Aliran Ringan (LRT) mengundang padah apabila perbuatan itu dirakam kamera litar tertutup (CCTV), sebelum kedua-duanya ditahan pada Sabtu.Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Mohd Rosdi Daud berkata, kejadian berlaku di Stesen LRT Muhibbah, Bukit OUG di sini kira-kira jam 11.52 malam.Beliau berkata, perbuatan itu dikesan pihak keselamatan menerusi rakaman CCTV."Siasatan mendapati salah seorang suspek turun ke trek di Platform 1 dengan sengaja."Suspek bertindak demikian semata-mata untuk berjoget bagi tujuan berseronok tanpa menyedari risiko keselamatan yang boleh membahayakan nyawa," katanya dalam kenyataan pada Selasa.Menurutnya, kedua-dua remaja lelaki tempatan berusia 16 dan 17 tahun itu kemudian ditahan oleh anggota polis bantuan."Kedua-duanya diserahkan kepada pihak polis dari Balai Polis Bukit Jalil untuk tindakan lanjut."Dua suspek terbabit direman selama dua hari sehingga 26 April lalu bagi membantu siasatan, namun telah diberikan jaminan polis selepas tempoh reman tamat," ujarnya.Tambah beliau, kes disiasat di bawah Seksyen 62 Akta Keretapi 1991."Kertas siasatan telah dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya pada 28 April."Pihak pendakwaan mengarahkan supaya kedua-dua suspek dibebaskan memandangkan mereka pesalah muda dan tindakan lanjut boleh menjejaskan masa depan mereka," katanya.
Go to News Site