Collector
Lelaki pukul isteri tiba di mahkamah untuk proses reman | Collector
Lelaki pukul isteri tiba di mahkamah untuk proses reman
Sinar Harian

Lelaki pukul isteri tiba di mahkamah untuk proses reman

SUNGAI PETANI - Lelaki yang didakwa memukul isteri hingga parah, tiba di Kompleks Mahkamah Sungai Petani pada Rabu untuk proses reman.Lelaki berusia 43 tahun itu tiba pada jam 8.30 pagi dengan berpakaian lokap diiringi anggota polis menaiki kenderaan jenis Proton Saga.Semalam, lelaki itu, berjaya ditahan polis bagi membantu siasatan kerana disyaki memukul isterinya sehingga menyebabkan keguguran di Ambangan Height, Khamis lalu.Media sebelum ini melaporkan, seorang wanita cedera di beberapa bahagian badan dipercayai dipukul suaminya sehingga menyebabkan mangsa yang hamil 12 minggu turut mengalami keguguran.

Go to News Site