Collector
'Saya tiada maklumat ADUN BN 'u-turn' diberi jawatan Exco' - Aminuddin | Collector
'Saya tiada maklumat ADUN BN 'u-turn' diberi jawatan Exco' - Aminuddin
Sinar Harian

'Saya tiada maklumat ADUN BN 'u-turn' diberi jawatan Exco' - Aminuddin

SEREMBAN - Kekosongan empat jawatan Exco Kerajaan Negeri Sembilan yang dipegang oleh UMNO sebelum ini akan diputuskan minggu hadapan.Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun turut memaklumkan bahawa beliau tidak tahu berkenaan dakwaan empat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) UMNO-BN yang akan membuat pusingan U untuk kembali menyokong kerajaan pimpinannya dengan tawaran jawatan Exco seperti yang tersebar di media sosial."Saya tak ada maklumat. Tak sesuai untuk saya mengesahkan. Ada ke belum ada lagi, saya pun tak tahu datang daripada mana berita tu."Kekosongan empat Exco itu kita masih belum bincangkan lagi dan kita sedang meneliti perkara tersebut supaya apa tindakan itu bersesuaian. Dalam minggu depan kita akan putuskan," katanya dalam sidang akhbar selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco di Wisma Negeri di sini pada Rabu.Ditanya berkenaan peruntukan terhadap 14 ADUN UMNO sama ada dikekalkan atau sebaliknya, beliau berkata, ia masih belum diputuskan lagi.Namun beliau secara sinis memberitahu, kesemua ADUN terbabit pastinya sedar kesan terhadap tindakan mereka itu."Saya rasa mereka ada lagi duit baki-baki. Tapi tunggu lah, kerana mesyuarat hari ini, kita tidak bincang langsung perkara itu."Ia termasuklah soal jawatan Ketua Kampung dan Ahli Majlis. Buat masa ini mereka ada peruntukan lagi di akaun mereka.... Tetapi kalau mereka faham, fahamlah," katanya.Bagaimanapun jelas beliau, kekosongan empat jawatan Exco ketika ini tidak menjejaskan pentadbiran negeri, malah program yang telah dirancang akan diteruskan seperti biasa.Sebelum ini tular berkenaan dakwaan bahawa ADUN UMNO lain yang akan mengisi kekosongan empat Exco.Antara nama yang menjadi sebutan ialah ADUN Lenggeng, Datuk Mohd Asna Mohd Amin yang juga memegang jawatan Timbalan Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan.

Go to News Site