Collector
Kanak-kanak lelaki hanyut: Mangsa bermain bola sebelum terjatuh longkang | Collector
Kanak-kanak lelaki hanyut: Mangsa bermain bola sebelum terjatuh longkang
Sinar Harian

Kanak-kanak lelaki hanyut: Mangsa bermain bola sebelum terjatuh longkang

SUNGAI BULOH –Kanak-kanak lelaki yang dihanyutkan arus di Bandar Puncak Alam pada Selasa dipercayai bermain bola bersama rakannya sebelum pergi ke longkang berdekatan lokasi kejadian.Mangsa dikenali sebagai Khairil Izani Khaizalullinudin, 10, dilaporkan hilang selepas dipercayai terjatuh ke dalam longkang dan dihanyutkan arus deras ketika hujan lebat.Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintenden Mohd Hafiz Muhammad Nor berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu kira-kira jam 7.10 malam.Menurut beliau, siasatan awal mendapati mangsa sebelum itu berada di padang bola Fasa 3 Puncak Alam bersama dua rakannya masing-masing berusia 11 dan 12 tahun."Pada jam lebih kurang 3 petang, mangsa bersama rakannya bermain bola di kawasan padang tersebut dalam keadaan hujan lebat."Berdasarkan maklumat rakan mangsa, kanak-kanak itu kemudiannya pergi ke longkang berhampiran atas tujuan yang tidak dapat dipastikan sebelum dipercayai terjatuh ke dalam longkang berkenaan dan dihanyutkan arus deras," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.Mohd Hafiz berkata, operasi mencari dan menyelamat (SAR) sedang giat dijalankan dengan kerjasama pihak bomba dan agensi berkaitan di lokasi kejadian.Beliau berkata, mangsa kali terakhir dilihat memakai baju jersi berwarna hijau dengan nombor lapan di bahagian belakang serta seluar tracksuit panjang berwarna hitam."Orang ramai diminta agar tidak membuat sebarang spekulasi berhubung kejadian ini."Sebarang maklumat berkaitan kejadian boleh disalurkan dengan hadir ke mana-mana balai polis berhampiran atau menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Sungai Buloh di talian 03-6156 1222 atau pegawai penyiasat, Sarjan Mejar Fuzi Kamazan di talian 012-3818167," katanya.Sinar Harian sebelum ini melaporkan mangsa berusia 10 tahun itu dikhuatiri lemas selepas terjatuh ke dalam longkang dan dihanyutkan arus deras.

Go to News Site