Collector
Piala Uber: Malaysia bertemu China di suku akhir | Collector
Piala Uber: Malaysia bertemu China di suku akhir
Sinar Harian

Piala Uber: Malaysia bertemu China di suku akhir

SKUAD badminton wanita negara berdepan misi getir apabila diundi menentang juara bertahan China pada aksi suku akhir Piala Uber 2026 di Forum Horsens, Denmark pada Khamis.Malaysia mara ke peringkat suku akhir selaku naib juara Kumpulan B manakala China yang merupakan pasukan paling berjaya di Piala Uber dengan 16 kejuaraan pula bergelar juara Kumpulan A.Hanya dua pasukan terbaik setiap kumpulan layak ke peringkat suku akhir.Malaysia, yang akan beraksi di peringkat suku akhir buat kali pertama dalam masa 16 tahun di sini, pernah layak sebanyak tiga kali sebelum ini iaitu pada edisi 2004, 2008 dan 2010.Skuad negara sebelum ini membuka saingan Kumpulan B mengatasi Turkiye 3-2, diikuti kejayaan membenam Afrika Selatan 5-0 dan tumpas 1-4 kepada juara enam kali, Jepun.Dalam pada itu, majlis undian peringkat kalah mati hari ini menyaksikan juara enam kali yang menjuarai Kumpulan B, Jepun, berdepan naib juara Kumpulan D Thailand.Juara tiga kali Indonesia, yang memenangi Kumpulan C, pula akan membuat perhitungan dengan tuan rumah, Denmark, selaku naib juara Kumpulan A.Korea Selatan, juara dua kali yang mengungguli Kumpulan D, akan bertemu Taiwan yang layak ke suku akhir selepas muncul naib juara Kumpulan C.Saingan akhir Piala Uber 2026, yang bermula 24 April lepas akan berakhir 3 Mei ini.-Bernama

Go to News Site