Collector
Syarikat tempatan buat pengisytiharan palsu, 10 kontena e-waste dikesan | Collector
Syarikat tempatan buat pengisytiharan palsu, 10 kontena e-waste dikesan
Sinar Harian

Syarikat tempatan buat pengisytiharan palsu, 10 kontena e-waste dikesan

KLANG – Taktik syarikat tempatan membuat pengisytiharan palsu bagi menyeludup sisa elektronik atau e-waste terbongkar selepas kontena mengandungi bahan berkenaan dikesan dalam Op Green Shield ke-26 di Pelabuhan Klang, di sini pada Rabu.Komander Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS) Pelabuhan Klang, Datuk Nik Ezanee Mohd Faisal berkata, operasi bersepadu itu dilaksanakan bersama Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Jabatan Alam Sekitar (JAS), SIRIM dan Lembaga Pelabuhan Klang."Seramai 15 anggota daripada pelbagai agensi terlibat dalam pemeriksaan ke atas beberapa kontena yang dijalankan bermula jam 9.30 pagi hingga 1.30 petang."Sebanyak 38 kontena diperiksa dengan 10 daripadanya mengandungi e-waste seberat 230,349 kilogram."Selain itu, sembilan lagi kontena didapati mengandungi campuran plastik waste dan metal scrap yang akan diserahkan kepada pihak SIRIM untuk penilaian lanjut," katanya dalam kenyataan pada Rabu.Nik Ezanee berkata, siasatan awal mendapati syarikat terlibat membuat pengisytiharan palsu menerusi borang K1 bagi dagangan tersebut."Susulan itu, tindakan penguatkuasaan telah diambil dan kes diserahkan kepada pihak Kastam untuk siasatan serta tindakan lanjut," katanya.Beliau berkata, pihaknya akan terus mempergiat pemeriksaan ke atas kontena dagangan yang disyaki membawa sisa elektronik terlarang."Langkah tersebut selaras dengan pelaksanaan larangan mutlak import e-waste yang berkuat kuasa mulai 1 April lalu menerusi pewartaan Perintah Kastam (Pindaan) (No. 3) 2026."AKPS akan terus memperkukuh kawalan dan penguatkuasaan di pintu masuk negara bagi memastikan kedaulatan sempadan serta kepentingan negara sentiasa terpelihara," tegasnya.

Go to News Site