Sinar Harian
SHAH ALAM - Kementerian Kewangan mengumumkan pelarasan harga runcit petrol bagi RON97 dan RON95 tanpa subsidi yang menyaksikan kenaikan bagi tempoh 30 April hingga 6 Mei 2026.Dalam kenyataan pada Rabu kementerian itu memaklumkan, harga runcit bagi RON97 meningkat sebanyak lima sen kepada RM4.90 seliter berbanding RM4.85 seliter sebelum ini.Bagi RON95 tanpa subsidi pula, harga baharu ditetapkan pada RM3.97 seliter, naik 10 sen berbanding RM3.87 seliter minggu lalu.Sementara itu, harga runcit diesel di Semenanjung Malaysia kekal tidak berubah pada paras RM5.12 seliter.Menurut kementerian, pelarasan harga minggu ini dibuat berdasarkan formula Automatic Pricing Mechanism (APM) yang mengambil kira purata harga minggu terdahulu susulan krisis yang masih berlarutan di Asia Barat."Krisis yang berlarutan terus mencetuskan ketidaktentuan dalam pasaran petroleum global."Risiko konflik yang kekal tinggi menyebabkan hala tuju pasaran sukar dijangka, selain kekangan bekalan akibat kerosakan kemudahan pengeluaran dan penapisan di wilayah berkenaan yang memerlukan masa untuk dipulihkan," kata kenyataan.Dalam pada itu, kerajaan menegaskan harga bahan api bersubsidi secara bersasar bagi rakyat dan sektor tertentu kekal seperti berikut:RON95 (BUDI95) pada RM1.99 seliter, diesel di Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan pada RM2.15 seliter, Sistem Kawalan Petrol Bersubsidi (SKPS) pada RM2.05 seliter serta Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi (SKDS) pada RM2.15 seliter."Kerajaan menyeru rakyat agar terus menggunakan bahan api secara berhemat bagi membantu memperkukuh kestabilan bekalan negara."Pendekatan berhemah akan terus diambil bagi melindungi rakyat daripada kesan turun naik harga global, di samping memastikan bekalan bahan api negara kekal mencukupi dan terjamin," menurut kenyataan itu.
Go to News Site