Collector
Lelaki ditemukan rentung atas katil dalam kebakaran lima rumah | Collector
Lelaki ditemukan rentung atas katil dalam kebakaran lima rumah
Sinar Harian

Lelaki ditemukan rentung atas katil dalam kebakaran lima rumah

KEPONG – Seorang lelaki ditemui rentung dalam kebakaran membabitkan lima buah rumah teres satu tingkat di Jalan E5/11, Taman Ehsan di sini awal pagi Khamis.Mangsa lelaki berusia 53 tahun itu ditemukan dalam keadaan rentung di atas katil di dalam bilik tidur salah sebuah rumah terbabit.Penolong Pengarah Bahagian Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 2.31 pagi."Jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Selayang bersama bantuan BBP Rawang, BBP Jinjang dan BBP Manjalara dikerahkan ke lokasi kejadian."Kebakaran melibatkan lima buah rumah teres satu tingkat kelas A berkeluasan 20 x 60 kaki persegi setiap satu dengan anggaran kemusnahan sehingga 80 peratus," katanya dalam kenyataan pada Khamis.Beliau berkata, kebakaran turut melibatkan dua buah kenderaan iaitu sebuah Hyundai Getz dan sebuah Hyundai XG 250 yang mana masing-masing terbakar sepenuhnya.Menurutnya, mangsa ditemukan oleh anggota bomba pada jam 4.29 pagi selepas operasi pemadaman dijalankan."Mayat mangsa dijumpai dalam bilik tidur dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian."Setakat ini, punca kebakaran masih dalam siasatan," katanya.Tambah beliau, kebakaran berjaya dikawal pada jam 3.42 pagi sebelum dipadamkan sepenuhnya pada jam 7.15 pagi.Katanya, kerja-kerja overhaul masih dijalankan bagi memastikan tiada lagi punca api yang boleh mencetuskan kebakaran semula."Mayat mangsa telah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut."Operasi melibatkan seramai 27 anggota bomba bersama beberapa jentera termasuk Fire Rescue Tender (FRT), Water Tanker (WT), Compact Fire Rescue Tender (CFRT) dan Emergency Medical Rescue Services (EMRS)," katanya.

Go to News Site