Sinar Harian
KUALA LUMPUR - Selepas tujuh hari direman berhubung siasatan memandu dalam keadaan mabuk sehingga menyebabkan kematian seorang lelaki warga Bangladesh di Lebuh Raya Maju (MEX) minggu lalu, seorang pegawai tentera akan didakwa di Mahkamah Sesyen dan Majistret di sini pada Khamis.Lelaki berusia 31 tahun yang memakai baju t berkolar warna merah dan berseluar jeans itu dibawa ke mahkamah pada jam 9.35 pagi.Berdasarkan sistem kehakiman, dia didakwa di dua mahkamah berasingan di hadapan Hakim, Noridah Adam dan Majistret, Noorelynna Hanim Abd Halim.Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur, ACP Mohd Zamzuri Mohd Isa berkata, kertas siasatan kes itu dirujuk kepada Ketua Bahagian Pendakwaan Jabatan Peguam Negara (AGC) di Putrajaya pada Rabu.Katanya, suspek berdepan satu pertuduhan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kematian penumpang lelaki e-hailing.Katanya, dua lagi pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 44(1A)(b) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu dengan kandungan alkohol melebihi had ditetapkan iaitu 150 miligram alkohol dalam 100 mililiter nafas sehingga menyebabkan kecederaan kepada pemandu dan penumpang e-hailing.Sebelum ini, polis mengesahkan kemalangan membabitkan kenderaan pelbagai guna (MPV) e-hailing jenis Perodua Alza dan sebuah kereta Ford Fiesta pada 5.38 pagi 23 April di Kilometer 1.9 Lebuh Raya MEX dari arah Salak Selatan menghala ke Jalan Tun Razak.Siasatan awal mendapati Ford Fiesta dipandu pegawai tentera itu telah memasuki laluan bertentangan sebelum bertembung dengan Perodua Alza dipandu lelaki berusia 41 tahun yang membawa dua penumpang dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).Kemalangan menyebabkan penumpang e-hailing, lelaki Bangladesh berusia 22 tahun maut di lokasi kejadian akibat kecederaan parah pada kepala manakala rakan senegaranya wanita berusia 20 tahun dan pemandu e-hailing cedera.
Go to News Site