Sinar Harian
KUALA LUMPUR - Seorang pegawai tentera berpangkat kapten, didakwa di Mahkamah Majistret di sini atas satu pertuduhan membunuh seorang pencipta kandungan permainan popular yang dikenali sebagai 'Advance Gaming' yang juga warga Bangladesh di Lebuh Raya Maju (MEX), dan dua pertuduhan memandu secara mabuk minggu lalu.Jad Faid Arhan, 31, mengangguk tanda faham selepas pertuduhan kes bunuh dibaca di hadapan Majistret, Illi Marisqa Khalizan.Tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh kerana kes berkenaan berada di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.Dia yang memakai baju T berkolar merah dan berseluar jeans didakwa menyebabkan kematian Muzahid Millad, 22, pada jam 5.30 pagi di KM1.9 MEX dari Salak Selatan menghala Jalan Tun Razak.MENYUSUL
Go to News Site