Sinar Harian
LAUT MEDITERRANEAN – Bot tentera Israel telah mengepung armada awam di bawah Global Sumud Flotilla (GSF) secara haram di perairan antarabangsa dan mengancam penculikan serta keganasan.GSF dalam satu kenyataan berkata, komunikasi dengan 11 kapal telah terputus hubungan dan media Israel mendakwa bahawa tujuh kapal telah dipintas rejim zionis itu."Kerajaan-kerajaan mesti bertindak sekarang untuk melindungi armada tersebut, memastikan Israel dipertanggungjawabkan atas pelanggaran undang-undang antarabangsa yang terang-terangan ini atas tindakan berterusan yang disifatkan sebagai genosid terhadap rakyat Palestin."Lindungi armada, tamatkan sekatan dan bebaskan Palestin," ujarnya pada Khamis.Sebelum ini, sebanyak 56 kapal di bawah Global Sumud Flotilla (GSF) mula belayar keluar dari Pelabuhan Catania, Itali ke perairan antarabangsa menuju ke Gaza dalam satu misi yang bertujuan memecahkan sekatan ke atas wilayah Palestin.Sumud Nusantara Command Center (SNCC) dalam satu kenyataan memaklumkan, bagaimanapun terdapat beberapa buah kapal yang kini sedang menjalani proses teknikal dan pembaikan di Pelabuhan Catania.Menurutnya, kapal-kapal berkenaan akan menyusul dan menyertai semula armada utama sebaik sahaja proses pembaikan disempurnakan.
Go to News Site