Sinar Harian
SHAH ALAM – Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh mempersoalkan tindakan kerajaan yang tidak membatalkan penganjuran festival muzik berkonsepkan air, Rain Rave Water Music Festival 2026.Muhamad Akmal berkata, ini kerana pesta air tersebut merupakan cadangan yang paling bodoh pernah diberikan."Buang sahajalah Menteri Pelancongan ini, wahai Perdana Menteri (PMX), dan mohon batalkan pesta air ini."Saya juga ingin bertanya kepada Menteri Agama, apakah pendirian beliau dan Mufti Wilayah tentang pesta air ini," katanya menerusi laman Facebook pada Khamis.Rain Rave Water Music Festival yang dijadualkan berlangsung dari 30 April hingga 2 Mei itu bakal menghimpunkan artis tempatan dan antarabangsa.Tambah Muhamad Akmal, sedangkan semua rumah terbuka anjuran kementerian sebelum ini dibatalkan atas alasan dasar penjimatan.Menurutnya, pembatalan rumah terbuka boleh diterima walaupun tujuannya untuk menjamu rakyat serta memberi rezeki kepada vendor makanan."PMX membatalkan semua rumah terbuka anjuran kementerian sebelum ini atas alasan dasar penjimatan, kami boleh terima, tetapi persoalan saya kepada beliau, kenapa pesta air ini tidak dibatalkan sekali?"Adakah pesta air ini lebih bernilai daripada majlis rumah terbuka? Adakah langkah penjimatan yang dicadangkan oleh kerajaan tidak terpakai untuk pesta air ini?"Adakah pesta air ini tidak membazirkan air? Sedangkan kerajaan sibuk berusaha melakukan pembenihan awan untuk menambah kapasiti air, tetapi Kementerian Pelancongan sibuk menganjurkan pesta air yang membazirkan air," ujarnya.
Go to News Site