Collector
Mekanisme cukai jalan kenderaan diesel lebih seimbang, adil diteliti - MoT | Collector
Mekanisme cukai jalan kenderaan diesel lebih seimbang, adil diteliti - MoT
Sinar Harian

Mekanisme cukai jalan kenderaan diesel lebih seimbang, adil diteliti - MoT

KUALA LUMPUR – Kerajaan sedang meneliti pendekatan paling sesuai bagi memastikan pelaksanaan mekanisme cukai jalan bagi kenderaan diesel dilaksanakan secara adil dan seimbang kepada pengguna.Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata, setakat ini, kajian terperinci masih dijalankan oleh kementeriannya, termasuk menilai kesan mekanisme tersebut dalam usaha mengurangkan beban pemilik kenderaan diesel di negara ini."Ini kerana bukan semua kereta diesel dapat subsidi. Ada juga sebahagian yang dapat manfaat itu melalui harga bersasar subsidi."Jadi kita perlu buat pengimbangan bagi melihat bagaimana inisiatif itu dapat membantu mereka yang tidak dapat subsidi."Pada masa sama, apabila cukai dikurangkan, ia juga memberi kesan kepada pengurangan hasil untuk kerajaan. Itu semua kita perlu membuat pengimbangan terlebih dahulu sebelum keputusan muktamad diputuskan," katanya.Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas menyampaikan ucapan di Forum Pembaca China-Malaysia Mengenai Naskah Edisi Bahasa Inggeris Xi Jinping: 'The Governance of China' (Jilid Kelima) di ibu kota pada Khamis.AKAN MENYUSUL

Go to News Site