Collector
'Bangunan usang, jijik rupanya lubuk tagih dadah' | Collector
'Bangunan usang, jijik rupanya lubuk tagih dadah'
Sinar Harian

'Bangunan usang, jijik rupanya lubuk tagih dadah'

KLANG - Lubuk penagihan dadah yang menjadikan bangunan usang, busuk dan terbiar di Bandar Armada Putra di sini digempur pada Khamis.Serbuan Op Perdana bermula jam 4.30 pagi itu diketuai Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Selangor dengan kerjasama Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Selangor serta Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).Difahamkan, empat blok flat yang berhadapan dengan diperiksa membabitkan tiga tingkat setiap satu.Tinjauan Sinar Harian di lokasi kejadian mendapati rata-rata penghuni menggunakan pintu besi dan grill bagi menyukarkan tindakan pemeriksaan pihak berkuasa selain laluan tangga dan kaki lima yang licin serta berbau.Malah, kelihatan pokok-pokok liar dan rumput telah tumbuh di kawasan bangunan selain timbunan sampah serta longgokan sisa bangunan.Penghuni juga disyaki mengubah suai kediaman secara haram termasuk menggunakan sambungan elektrik dan air yang mencurigakan.Semasa serbuan, terdapat cubaan penghuni menyorok di atas bumbung, di celah katil selain berpura-pura tidur kerana enggan membuka pintu selepas menyedari ketukan pintu pasukan serbuan.Lebih menyedihkan, keadaan unit rumah itu tidak terurus selain kalangan penghuni yang disyaki terlibat dadah menginap bersama biarpun tidak mempunyai hubungan kekeluargaan atau suami isteri.Keadaan menjadi lagi pilu apabila anak kecil yang sedang ditidurkan terpaksa dikejut kerana ibunya mengaku mendakwa mengambil barang terlarang.Pengarah Bahagian Penguatkuasaan dan Keselamatan AADK, Mahadzir Elias berkata, daripada 121 orang yang ditahan, seramai 61 individu disahkan positif dadah."Angka itu kira-kira 50 peratus dan membimbangkan kerana ada yang ditangkap merupakan pasangan suami isteri, ada anak kecil dan ini memberi kesan sampingan."Bila lihat anak-anak ada sekali ia agak berat untuk ditangani."Lokasi ini hotspot dan difahamkan ini kali ketiga kita masuk ke sini dan jumlah tangkapan hampir sama. Betullah aduan dan maklumat kita terima untuk kita ambil tindakan tepat dan kita akan bantu, bukan menghukum mereka," katanya ketika ditemui pemberita di lokasi serbuan di sini pada Khamis.Beliau berkata, status bangunan akan disemak, namun apa yang paling penting ialah tanggungjawab serta fungsi komuniti untuk membantu dan memberi perhatian.Katanya, banyak pihak perlu bersama untuk mendidik masyarakat agar tidak terjebak dengan dadah."Saya percaya jika semua entiti dalam keluarga, komuniti tempat kerja... saya percaya nak jadi penagih bukan mudah. Kita perlu 'jaga tepi kain'," ujarnya.Tambah beliau, Op Perdana telah dilaksanakan di Selangor bermula 27 hingga 30 April dan berjaya membuat penahanan 311 individu."Daripada jumlah itu, 219 orang positif pelbagai jenis dadah dan yang paling dominan ialah syabu berbanding dadah lain seperti ganja, heroin, benzo dan ketamin," ujarnya.Justeru, jelasnya, AADK akan melaksanakan proses untuk membantu untuk mereka dipulihkan dan kembali kepada masyarakat.Turut hadir Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pelabuhan Klang, Azmizam Zaman Huri.Sementara itu, JIM Selangor turut menahan 27 warga asing terdiri daripada 21 lelaki, empat wanita dan dua kanak-kanak yang terdiri daripada warga Indonesia, Pakistan, Nepal, Filipina, Ghana serta Bangladesh.End

Go to News Site